Jumaat, Disember 23, 2011
Penghujung Tahun
lama gile x update blog... sibuk bukan main lg kat tempat baru ni, biasalah nak menuntut pengalaman baru. hehehe... penghujung tahun biasanye orang xdlah buzy... tp kami kat sini plus2 buzy nyer... sibuk ngan pameran, daurah n apa ntah lagi... explore race... apa lagi yer...
kali ni, sy terpilih untuk jadi "cikgu" untuk daurah intensif.... hehehe... daurah = kelas... saje je tukar istilah... huuhuuhuhu... program mula start 29hb nov sempena cuti sekolah... sesi hanya ada sebelah pagi... student???????????? actually murid.... murid tahap 1 & 2, primary school...
sampai hari yang menyertai 25 orang... pergh, boleh tahan nakalnya... dahla x penah involve, jd cikgu.... hah, kan dah kna... ada yg best, ada yg x best... x best tu biasalah... budak, susah sikit nak kawal...
ish, byk nak citer ni... yg penting lagu awal tahun yang pernah dilirikkan dalam blog ni dah bertukar... yang tu kena citer lain kali... research x siap ag nih... curi masa je pon ni... bos tau ni, abislah....
ha, lagi satu minggu depan kami akan ke Kuang, ada aktiviti outdoor and 30hb plak majlis penutup... nak upload gambar... kena wat collection dulu... huhuhu.... pape pon nanti tggu sesi update seterusnya....
lagi satu, public holiday sempena krismas esok, kan..... so selamat bercuti...
pen off~~
10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
sumber dari tmn2syurga.
Kelebihan Surah - Surah dalam Al-Quran
BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim.
SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, ne scaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan sarakatul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
Mengunci rumah dengan ayat Kursi
Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat 11 sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum meninggalkan rumah.
SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Menghentikan Anjing Menyalak
Baca surah Al-Baqarah ayat 80 - 81 sebanyak 10 kali
SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
Hendaklah membaca surah al-taubah ayat 128 - 129 semasa berjumpa.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Dan ibu-ibu yang hamil amalkan membaca surah ini mudah-mudahan akan dipermudahkan ketika melahirkan anak.
SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
Membuatkan anak tidak degil
Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 - 6 dan juga surah al haji ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan.
Surah Thaahaa - Ayat 1-5
Anak2 malas sekolah
Surah Thaahaa - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Supaya Suami tak kawin lain
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
Ayat penerang hati
Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di pagi hari dan awal malam.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
Surah Ar Ruum Ayat 31 - Baca 33x
Bg anak2 yg suka keluar malam
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH SABA
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan
Hendaklah membaca surah Yassin ayat 8 dan 9 berulang kali sehingga rasa gementar hilang.
SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiaan sejati.
Semoga memberi manafaat kepada semua.
Wallahu'alam.
Khamis, November 10, 2011
Expirence
rasanyer belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban.. hehe... takbir raya pon masih bergema lagi.. ni adalah pengalaman yang berkaitan dengan hari raya ni...
tempat kerja baru ni, telah adakan majlis korban, semua staff kena terlibat... termasuklah saya.. hu3, sesungguhnya x penah lg join2 bab2 sembelihan ni... masuk sini, mcm2 program... rasa cam brtuah gilelah keje kat tmpt ni, mmg dpt ilmu baru lah...
nak jadikan crita, biasalah bdak baru, byk lg lah yg blom tau, jd xlah terasa akan dapat part yang berat... akan tetapi, sy telah pon dipilih sbg ajk melapah... wah, dahla nak pegang pisau pon x berapa pakar, ni plak nak kena potong daging lembu yang besar sgt tu.... masa dpt tugasan tu... lama gak tgk tgn ni.... hehehe
tp masa hari kejadian xlah terkejut sgt... rupanyer ramai yg berminat tuk potong daging.. yg mana telah diberi tugasan tuk bhgn lain pon join sekali... heh3 meriah... siap ada rakaman khas...
masa tu, menu mcm2, berasaskan daging korban... sebahagian diedar kepada staff2... sebahagian lg untuk menu jamuan beramai2... ada BBQ, rendang daging, sup tulang, daging mask kari... pergh, kekenyangan.... x pasal2... kena berlari plak ptg tu.... jaga badan...huhuhu
setakat tu jelah kot... hehehe... len kali plak... nak sambung wat keje...
Diam Itu Lebih Baik
Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.
Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : “Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: “Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh “ Ah!” terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? ”
(Riwayat Ahmad)
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)
“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)
Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Diam orang mukmin itu ibadah, Ibadah tanpa perbuatan, Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan, Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat, yang hatinya didalam kelalaian.
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau, kalau dia bercakap takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu baik atau jahat, dia biarkan saja orang itu bercakap, dan mendengar sahaja kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,
“Diam-diam ubi berisi”
atau
“Diam-diam tong kosong”
atau
“diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”
HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Khamis, Oktober 27, 2011
Sesi Baru..
Selasa, September 06, 2011
Silam Yang Berlalu...
Selasa, Ogos 23, 2011
Semua Yang Tutup Aurat Masuk Syurga Ke?
Assalamualaikum.....
Terbaca satu blog nih... cite sal tudung.... tak terlintas plak jawapan yang sebegini oleh sang muslimah... Nampaknya ilmu masih lagi kurang... kena rajin top up ni... Selalunya baca dari versi artikel.. tp apabila dalam kategori perbualan???? cam ne agaknya??? sbb ada yg guna kata-kata hikmah... ada yang bahasa yang seperti peluru.... tembak berdas2... papepun manusia digalakkan untuk saling berpesan pesanan... so saya copy ni dari blog ni
Renung - renungkan dan selamat bermuhasabah diri...
pen off~~
Ahad, Ogos 21, 2011
Doa Buat Kekuatanku~
jangan ya Allah.. kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima... sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan.. benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya..
Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..
Jangan Ya Allah.. jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami... Engkau berhak ya Allah.. untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...
Aku mohon ya Allah, cekalkan hati ini.. lindungilah dia jauh disana.. pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Agar dia terpelihara, agar dia bahagia....
Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku.. kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku......
Khamis, Jun 23, 2011
Persoalan lagi....
hal ni masih lagi berkait dengan si Hawa dan Adam... Saya dah baca komen cik yayang... satu je komen setakat ni kat post...
Saya sebenarnya lebih cenderung kpd si Hawa, mungkin sy x dengar citer si Adam... Bahagian mana yg menyebabkan de berkecil hati... Menurut saya, Hawa bersikap begitu mgkin nak menguji... Saya pon rasa de ada wat salah ngan Adam... Persoalan saya kat sni adalah kenapa Adam x nak bg peluang kedua kepada Hawa. Saya tau ada tahap kesabaran pd setiap org... Tak salah rasanyer de cuba membuka ruang... saya pon... akan cuba buka ruang kepada kawan2 yg melukakan... tp dalam kes couple ni, sy pon x tau akan buat.. tp kalo sy ada di tempat Adam .... saya pasti sy akan bg ruang kepada Hawa...
Andai katalah, Mereka ni memilih untuk kawin... x sampai brapa bulan mesti dah naik mahkamah, kan.. xd kah cara untuk Hawa ni tebus balik kesalahan dia??? sy pon x pasti apa yg nak jelaskan kat sini... sy pasti sy berharap sgt deorg ni bebaik semula.....
sekian...
pen off~~
Selasa, Jun 21, 2011
Wayang..
Lupa ... entry ni patutnya bulan lepas rasanyer...
nak citer sy tgk wayang 2 filem dalam sehari... sakit mata dibuatnya....
citer apa Nur Kasih The Movie & The Pirates of Carribean...
itu aje nak cakap... hehehe
pegi tgk ngan sape???? Mestilah dengan Mr Hero...
Pen Off ~~
Seribu Persoalan...
persoalan ni timbul penuh dengan tanda tanya, bila dengar luahan member antara member yg dikasihi... ecececeh...
dan ni pon jadi tanda tanya pada saya... dan saya x pasti berapa ramai yang ramai baca blog ni tapi saya nak sebut kat sini ... WAJIB bagi komen bagi persoalan yang saya utarakan ni... hehehe
Jangan marah...
Kawan sy ni confius (apa kata kita pggl Hawa)... baru berkawan dengan seorang dari warga Adam.. baru tiga bulan... Adam itu seolah - olah dah putus asa dengan de.... Sedangkan de pernah melamar untuk berkahwin dengan de... Dan Hawa ni plak fikir byk bila Adam lamar de sbb ini adalah pengalaman pertama...
Nak jadikan citer... ada slah faham ant mereka kemudian, Si hawa ni (kawan saya) merajuk (sebenarnya sedang berfikir, x pasti apa yg difikirkan) dan kemudian hawa ni pon angkat bendera putih untuk berdamai, tp mungkin dengan cara yg x ikhlas ( maklumlah masih merajuk lagi) x sampai sehari dua... Adam plak, wat perangai... penatlah si hawa ni pujuk de sedangkan waktu hawa merajuk Adam x pujuk pon... Pujuk punya pujuk... tetiba Adam balas mesej
?????? Apa motif??? Hawa baru mula nak membuka ruang pd diri de tuk berkasih dan buat yg terbaik mungkin sebab dah yakin dengan hatinyer kasih itu untuk Adam tp Adam plak mcm tu... dan Adam kata lg... " Kejarlah cita2 awak yg awak impikan" Sedangkan Adam juga merupakan cita - cita si Hawa...
Saya mati kutu bila de citer cam ni.... sy pon bukanlah kalangan yg bercinta... sy di kalangan yg masih mencari2... Tp knp mesti harapan yg diberikan pada Hawa... Adam x sanggup nak capai bila Hawa buka ruang hati de.... kan ujian dan dugaan tu dah macam adat dalam setiap apa yg kita buat...
Jadi, all readers... Leh tolong sy x??? Kalo sy mgkn otak x dapat berfikir dengan baik bila berlaku mcm ni.... sbb sy dengar pon sy diam seribu bahasa... x tau nak kata apa....
kawan2.... tolong saya....
biar kwn sy ni dapat suluhan cahaya.... jgn biarkan de di tempat gelap...
Pen off~~
Ahad, Jun 19, 2011
ANAK Polis
ada plak yg bagi komen... cam ner gaya hidup anak polis.... sepatutnya kan x perlulah tanya saya sbb kehidupan manusia lebih kurang jer... hehehe... xd yg berbeza cuma cara menjalani kehidupan sahaja..
saya percaya semua melalui dengan cara yang berbeza... tp kalo anak polis kenalah lg berdisiplin sbb polis antara contoh masyarakat.. dan masyarakat akan memandang induvidu berkaitan dengan polis2 ni... makanya kami anak2 polis perlulah lebih berdisiplin dan lebih mematuhi peraturan supaya kerja - kerja deorang tak ditunding atau di pertikaikan sbb kami anak2 mereka pon bawak masalah gak..
Memang x dinafikan ada gak anak polis yang lebih melampau dari yg anak2 lain... maksudnya, bapak tegur anak org, anak sendiri tak terjaga... pada saya tu semua bergantung kepada corak pendidikan diterapkan oleh mak bapak tersebut... dan masyarakat tak perlulah nak tunding jari sbb polis ni ada tanggungjawab khusus pada masyarakat...
hal ni x leh ulas banyak2.... nanti akan mencetuskan konterversi yang tak berpehujung plak...
oklah... sekian..
cik yayang ok x ni????? kalo leh specific lglah tajuknya.... hehehehe
pen off~~~
Rabu, Jun 15, 2011
HARI INI
Selasa, Jun 14, 2011
ANDAINYA LELAKI TAHU...
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
copy from facebook
pen off~~
NO TITLE
Jumaat, April 15, 2011
Nak Idea
Isnin, Mac 21, 2011
FILEM
"HMM mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom yang ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara negara China, Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda telah menculik puteri tersebut dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam pertempuran dengan Geruda, Merong telah cedera parah dan dia telah diselamatkan oleh Kesum yang telah meramalkan tentang kehadiran seorang raja yang bakal menyelamatkan kampung mereka. "
Walaubagaimanapun, x dapatlah nak bandingkan dengan PGL sbb x penah telusi secara fokus cerita tersebut... tp yg pasti setiap filem tersebut mempunyai kekuatan tersendiri.... adik2 pon kata cerita Melayu yg best dan x boring.... ha, nampak sgt deorg puas hati n ada lg..... rasa nak tgk ag.....
pas ni, kalo nak tgk wayang ag, x taulah bile... ni pon first time jejak kaki ke panggung....bile lg nak jejak ke sana ag... melayan cerita yg best cam ni hasil KRU Studios ni....
Rabu, Februari 09, 2011
Flying Fox...
Selasa, Januari 25, 2011
Hati - hati..
Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...
Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...
Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...
Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji...
Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...
Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...
Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...
Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...
Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan
Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...
Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenangan...