Khamis, Mei 09, 2013

2013

salam sejahtera semuanya..


Bebetul dah setahun tinggalkan blog ni... ke mana menghilang?... entahlah... anyway... try to come back... mengasah kembali skill.. untuk masa hadapan... hehehe

Sekian..

pen off~

Ahad, April 01, 2012

Felt Fever


Salam Sejahtera semua...

Felt Fever... benda ni bermula sejak masuk alam baru... alam baru??? tempat kerja baru... dah lapuk agaknyer entry ni... baru nak cerita plak.... aah, nakciter la nih... kalo x, xkan nak coret kat sini kan.. kan...kan...

Actually, ini ada tugasan a.k.a part timer... sbbnyer sy ditugaskan department lain, yang sibuk ngan felt ni department lain... so, ditugaskan untuk membantu menghasilkan mengikut target yang ditetapkan.... tp setakat ari ni, x penah tercapai pon target tersebut...sbb?? nama pon part timer, buat bila suka, xd mood x watlah... tambah2 plak bila kena keje sendiri x siap, hah, kenalah siapkan dulu... baru leh layan..

Felt yang dihasilkan adalah felt keychain, felt brooch and felt pouch... slalu duk rujuk blog lain... semuanyer lawa2.... tp tulah, hak kami ni ada tema.. setakat ni guna tema bunga... ni pon duk sibuk mencari pattern baru yg sesuai tuk shop kami tu.... korang ada idea tak??? pattern apa lagi selain bunga yg lima kuntum tu???

ni antara yang dihasilkan

yang ni saje2 je nak tunjuk.. hehehe
Ini antara yang terawal dihasilkan, brouch and pouch bag update yang seterusnyer lah... nak mencari blog yang supply pattern yang lagi lawa... nak tengok jual kat mana?? nanti i upload pic kedainyer...

Sekian,

Pen off~~

Sabtu, Mac 31, 2012

Nafas Baru...

Salam sejahtera semua....

Dah lama x menulis... disebabkan oleh dilanda kebosanan yang maha hebat (aceceh...) rindu untuk merapu di sini datang kembali...selalu ajelah bersawang blog nih... nak tau kenapa bosan??? x yah lah tau... saja je nak membesarkan isu bosan kat blog ni....kang x pasal2 tema blog ni "Hidup ku Bosan"....

Serius, banyak perkara manis yang telah berlaku tak sempat nak di coretkan di sini... mana x nye... kesuntukan masa tak beri peluang untuk meluangkan masa untuk menaip tap..tap...tap kat sini... sebagai kenangan terindah yang pernah dilalui...senang nak mengimbas kembali...

motif coretan hari ni... blog bertukar wajah... sebab nyer asyik ngan style skema,,, kali ni nak tukar mood plak.. hehehe.... "PINK" .. x penah pilih warna ni tuk pape kategori hatta la baju.. andai kata ada bj pink... bukan pilihan sendiri... maksudnyer... mak belikan...

Well, mybe nak tunjuk sedikit "feminin" kot... sbb apa?? sbb depa duk kata i ni kasaq cam lelaki... ye ker??? wallahua'lam.... tp motif penting... pink dan purple adalah antara warna kesunyian... so tema blog ni kali ni "sunyi".... sunyi daripada entry... papepon kita tgk jelah perjalanan b log ini... hehehe...

Anyways, have fun reading for previous and next entry.... komen??? its up to u...

Selian,
pen off~~


Sabtu, Januari 21, 2012

2011 - Banyak yang Miss

Salam sejahtera semua...

Diharapkan semua sihat... Ini merupakan entry pertama bagi 2012... byk crita yang tahun 2011 yang byk miss untuk di coretkan dalam blog... Kekurangan masa untuk diluangkan kepada blog ni menyebabkan blog ni tertinggalk bersawang dalam satu jangka masa yang panjang... Huhuhu

Antaranya... yang paling terbaru Hari Keluarga Nadi Restu.... Byk perkara yang kelakar + lawak yang berlaku masa tu... permainan yang tidak dijangka... lari berpasangan dalam kain batik... 1st time i tgk u... mmg lawak giler... nak tgk gambar2 masa Hari Keluarga tu??? Sila klik link ni..

Majlis Khatam AL quran ... yang diserikan lagi dgn kehadiran Sharifah Khasif... x pernah lagi terlibat secara langsung dalam mengendalikan majlis... selalunya dise balik tabir jer..

Ada lagi daurah bagi pelajar sek rendah... nak upload pic x dapat lagi ... len punya entry la kot... huuhu... tapi mmg meriah lah... tu blom lagi citer lawatan sambil blaja ke Riyadh Restu Kuang
... gamat giler... huhuu

Hurm apa lagi ea... nak kna rewind 2011 nampaknya... tapi yang pasti 2011 byk memberi kesan duka hingga ia terpahat dengan kesan yang mendalam di hati... Bilakah penderitaan yang dilaui ini akan hilang??? huhuhu... Mungkin ia tertulis secara tak langsung di sini... Pape pon, ianya akan ditulis apabila masa yang dirasakan sesuai untuk diterbitkan ... huuuhu... sebagai mengenang kembali sejarah yang lalu... Semoga tahun 2012 ni membawa sinar gemerlapan kebahagiaan bukan untuk sy shj... untuk semua khasnya yang sudi singgah membaca...

Sekian,

Pen off~~

Selasa, Januari 03, 2012

DOA MENGUBATI PERASAAN DUKA DAN STRESS

اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.


Petua Beramal


Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya.

Semoga kami tidak hanyut dengan kesedihan yang berpanjangan dalam menghadapi ujian dari Mu Ya Allah...

Amin

Jumaat, Disember 23, 2011

Penghujung Tahun

Salam sejahtera semua...

lama gile x update blog... sibuk bukan main lg kat tempat baru ni, biasalah nak menuntut pengalaman baru. hehehe... penghujung tahun biasanye orang xdlah buzy... tp kami kat sini plus2 buzy nyer... sibuk ngan pameran, daurah n apa ntah lagi... explore race... apa lagi yer...

kali ni, sy terpilih untuk jadi "cikgu" untuk daurah intensif.... hehehe... daurah = kelas... saje je tukar istilah... huuhuuhuhu... program mula start 29hb nov sempena cuti sekolah... sesi hanya ada sebelah pagi... student???????????? actually murid.... murid tahap 1 & 2, primary school...

sampai hari yang menyertai 25 orang... pergh, boleh tahan nakalnya... dahla x penah involve, jd cikgu.... hah, kan dah kna... ada yg best, ada yg x best... x best tu biasalah... budak, susah sikit nak kawal...

ish, byk nak citer ni... yg penting lagu awal tahun yang pernah dilirikkan dalam blog ni dah bertukar... yang tu kena citer lain kali... research x siap ag nih... curi masa je pon ni... bos tau ni, abislah....

ha, lagi satu minggu depan kami akan ke Kuang, ada aktiviti outdoor and 30hb plak majlis penutup... nak upload gambar... kena wat collection dulu... huhuhu.... pape pon nanti tggu sesi update seterusnya....

lagi satu, public holiday sempena krismas esok, kan..... so selamat bercuti...

pen off~~

10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

sumber dari tmn2syurga.