Isnin, Disember 27, 2010

P.e.N.a.T......


Salam sejahtera....

dah lama x buka blog.... malam ni citer cikit jer... hu3...

first of all, malam ni rasa....

actually, badan rasa lembik je cam ni....


xpon cam ni.....


x comel, kan...

sbbnyer 2, 3 hari ni.... sibuk bermusafir......


bkn salah satu ea.... dua2 sy naik dalam mggu ni.... dalam purata 3 kali setiap satu...

tujuan utama bermusafir ialah....

skrg rasa cam.....

chop2.... ada tag dari miss wadud... sempat ke x yer wat ni.....

ok2... cuba2...

tp skrg mmg x daya sbb nak.....




nite all....

pen oFF~


Jumaat, Disember 10, 2010

Sekejap saja. Tolong-lah baca.


Assalamualaikum...


Wahai sahabat² seagama denganku…

Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....

3 Minit je, tak lama pun..


Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...

tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..

tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

lalu salah seorang lelaki tu bertempik "


"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....

daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...


Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....


Macammana..

adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...


"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...

kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..

amat lemah..

baru kena ugut terus lari lintang pukang..

lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..

tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..

bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"


"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..

tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???


Kenapa?

gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..

berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...

berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?

berapa banyak????

Wallahualam…

Sebarkanlah....


p/s : kongsian daripada Afq_amiin

Khamis, Disember 09, 2010

Donut


Salam u all.....

Korang tgk tv x???? aceceh, suka tol tanyer soalan cam ni kan.. huhuhu... drama apa tau i tgk, drama donut kat astro ria... x sangka dulu sotong sekarang dah bertukar donut... maksudnyer lebih kurang sama dengan pondan... huhuhu... x bermaksud mengejek... tp cam logik gak... sbb ada gak lelaki nak nampak kemas, kulit nak lawa sikit xkan dipanggil pondan, kan....

Cerita de cam biasalah... maksudnyer plot lbh kurang sama cuma cara persembahan lain sikit...

"Nita ni suka sgt cari kelemahan org lain terutama sekali lelaki lembut... mereka2 ni dalam cite ni dipanggil donut tp deorg xdlah overdose cam mak nyah, rasanyer korang mmg sedia maklumkan, jenis2 yg cam ni.... x yah la nak cakap pjg2 kan3...

Perkataan donut ni digunakan sebab apa tau korang nak tau sbb kategori lelaki tersebut suka makan donut... donut apa?? dunkin donut.... cam x relevan lak... sbb sy pon suka makan donut..tp x kan lah tergolong dalam kategori tu kan... huhuhu masalah2...

Tp mesej yg nak disampaikan ni mmg berguna... de guna kata kiasan kot.. "satu jari tunding pada org, empat lg pada kita... jd tengoklah diri kita dulu sebelom cari salah org..." so sama2lah kita renung2 kan dan selamat beramal.

sekian...

pen off~


Rabu, Disember 08, 2010

Blog Walking


Salam u all....

Dari beberapa ketika, memandangkan kerja x menimbun2 (sementara x la nikan)..bile buka internet sure berjalan2 ke blog blogger2.. x taulah kenapa sibuk sgt merayap kat blog org,setakat ni paling best, selain dr blog dah sedia famous spi masuk pertandingan undian blogger malaysia tu adalah eightissamaniah... hehehehe... kreatif de bg nama kat blog de, kan3...(kepada cik sam if u baca, i x bacor rahsia..hehehe)

Dan terbacalah satu artikel ni,bunyi de cam ni lbh krg "rajin2lah berblogwalking" agaknyer dari situlah kuar tabiat ni... huhhu.. tp yg bestnyer dapatlah timba apa2 yg patutdr mereka yg berpengalaman tulis blog ni... berkembang sikit kepala otak ni, sbbnyer kebanyakkan blug yg selalu terjah (biasanyer member2 sek dulu) wat blog ni cam diari... terpikir plak abes facebook tu bkn ker cam diari, selalu deorg update status.. cth :"ngah memandu", "terbang mencari dot dot" n mcm2 lah... rupanyer x, heehe... mybe disebabkan tu gak kot blog i x lah best cam deorg2 yg selalu i terjah akhir2 ni... takpe2..perubahan boleh dilakukan bile2 masa sahaja..

So, kepada yg membaca, of course la readers kan (kan sama tu, dah kenapa ni?? huhuhu) member2 n sesape jelah kan yg baca blog ni, naktambah cadangan napa2 jelah yg penting membina, sila2lah memberi komen, jgn segan jgn silu, tafaddal2...

sekian

pen off~


Isnin, Disember 06, 2010

Salam Maal Hijrah


Salam Sejahtera semua.....


Buat kawan2, member2, readers2 dan semua umat Islam diucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1423, x pon yg selalu kita dengar... selamat tahun baru hijrah.... mudahkan nak faham... setiap dari kia mesti ada azam baru... moga2 terlaksanalah tahun ni azam baru kita kan... Mudah-mudahan...

Dan baca doa penutup dan pembuka tahun?? mesti dah kan,, kat facebook ramai yang dah provide doa2 tu tinggal baca jer... btul2 memanfaatkan medium n sebagai dakwah.. tahniah kawan2 and all readers... ada pahala sampingan di permulaan tahun baru hijrah ni, kan....

Maal hijrah ni sebenarnya memperingati Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 622 Masihi. iaya berlaku pada 1 Muharram iaitu hari pertama taqwim hijrah..

Ingat lagi ustaz kata kalo baca doa ni setiap kali tahun bertukar... godaan syaitan tu berkekurangan sebabnya doa kita tu dah bantutkan de tuk hasut n goda kita tuk wat perkara mungkar... ustaz kata kalo kita baca doa akhir tahun... syaitan akan meratap semua usaha2 de yg x berhasil tu n doa awal tahun lak, syaitan tu akan fikir byk kali cam ne nak tembus pendinding @ doa y kita baca tadi..... jadi, kawan2, member2 n readers2 yg baca doa ni... tingkatkanlah usaha tuk perkukuhkan dinding yg kita pasang pada awal tahun ni... semoga kita x wat dosa n mungkar pada tahun ini..Moga kekal IMAN bersama..

Sekian..

pen off~~

Jumaat, Disember 03, 2010

Perlukah


Salam Sejahtera semua....

Shat x U all??? hehehe.... x pernah tanya tetiba tanye lak kan... huhuhu.... di sini sy ada kemusykilan.... perlu ke berpisah tanpa menyelesaikan akar umbi masalah tersebut??? perlu ke ada benci??? kenapa susah sgt nak berbaik perbaiki keadaan n susana menjadi lebih baik??? susah ker?? ke cara pemikiran dah jadi beku x pon dikuasai rasa yg x sepatutnya kita suburkan dalam diri kita.... lebih2 lg suami isteri.... dah xd cara lain lg ker???

persoalan yang amat sukar untuk dirungkaikan.... Ya ALLAh, perluaskan dan permudahkan cara pemikiran kami agar tidak terhasut dengan hasutan2 yg x sepatutnya... dan permudahkanlah kami untuk menghadapi ujian hebat dari Mu...Amiiiinnnn...

pen off~

5 Tarikan Wanita Menurut Lelaki Beriman..


1. Budi Bahasa Dari Jiwa


Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian. Adakah dia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau sekurang-kurangnya tahu hal dunia hari ini? Atau adakah dia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya? Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani masing-masing. Wajah ayu yang sedap mata memandang janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.



2. Mekap yang Memikat


Jangan salah tafsir tentang mekap! Yang dimaksudkan disini adalah air wuduk untuk pembersih dan penyegar wajah. Untuk pembayang mata dan melentikannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap panahan syahwat. Manakala pemerah bibir yang sesuai adalah kata-kata penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan penuh keinsafan. Dijamin lelaki ynag beriman akan meminati wanita sebegini.



3. Busana Taqwa

Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertahkta permata-permata berkilau. Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Qur’an dengan pakaian dan perhiasannya. Tetapi kegilaan pada fesyen yang mendedahkan aurat wanita pada saat ini amat membimbangkan. Wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh menjadi daya tarikan lelaki. Adakah mereka terfikir bahawa lelaki sebenarnya amat kuat cemburu? Mereka yang benar-benar bersungguh ingin menjadikan anda isteri tidak akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka, dipegang dan dilihat sesuka hati oleh sesiapa jua. Sebenarnya pakaian adalah gambar keperibadiaan yang sesungguhnya dan tersirat tabiat si pemakainya



4. Suka Dikritik dan Bersikap Terbuka


Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal disisinya. Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan beerti ikut secara total segala kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati. Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya. Di dalam hubungan kasih-sayang, saling mengekspresikan diri sungguh-sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan melayan kerenah masing-masing. Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya. Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.Rasulullah SAW bersabda: “wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.”



5. Superwoman


Superwoman digambarkan dengan ciri-ciri seorang yang hebat, berjiwa pahlawan, suka menolong orang dan bukan sebaliknya, suka menyusahkan orang. Begitulah gambaran wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapa, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan. Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecantikan rupa paras muka yang semakin lama semakin pudar di makan usia. Tetapi kekuatan peribadi tidak akan sirna ditelan zaman.




p/s : sharing from Taufik Johor.


Khamis, Disember 02, 2010

Kecewa


Salam sejahtera semua......

Ari ni 3hb, result mtest dah kuar.... kepada kawan2 n readers yang mohon leh lah cek.... saya pon dah cek..... tp hasilnya adalah kecewa... sbbnyer x dapat... rasanyer dalam macam2 menda sy wat x penah lak "gagal" maksud kat sini bkn x penah cuma x capai target... so ni dikira x capai target lah... lagi pula, rasa krg yakin tu ada mybe sbb tu lah kot x dpt.... huhuhuu

Dah byk kali tekan tadi masuk no ic 8**********..... hasilnyer cam ni gak.....




mula2 x caya... tekan ag.....tp cam tu gak.... tp nak tekan kan disini....saya dah usaha sedaya upaya masa jawab soalan tu walaupon dah merantau n xjumpa bukunyer, dah surf gak kat tenet cari klue2 n pembayang yg boleh digunakan dalam mtest .... tp rezeki ku bkn disini untuk thun ni makanya SAYA REDHA DENGAN KEPUTUSAN ni..... xpe, next session sy nak try ag...

Dengan ini, sya mengucapkan tahniah kepada kwan2 n readers yg dapat g ke temuduga kpli tu.... wat elok2 tau... prepare abis abisan.... semoga berjaya.... all da best...

pen off~~

Rabu, Disember 01, 2010

Kalau Berpacaran


Salam sejahtera semua.......

Penah dengar radio x?? hehehe... soalan merapu... off course la korang dengar... kan3... ada satu lagu ni suka sgt ngan lirik lagu de... Kepimpinan Islam melalui lagu walaupon sikit jer motif atau point yang de letak tp bermakna... siap ada peranan.. perempuan, lelaki n pihak ketiga ( istilah biasa guna untuk " s*ai***)... kira kreatifla gak.. penampilan lagu lain dari yang lain.... walaupon rentak muzik tu x dapat nak menarik semua orang tuk dengar tp dah jadi hitz kat radio skrg..

jom kita dengar lagu best bernasihat.....



lirik de plak cam ni... hahaha copy & paste ja...

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x


best kan3.... kao x best nak dengar... silalah hayati lirik lagunyer.... semoga menjadi ingatan bile nak kuar dating... hehehehe....


pen off~

Kena Tunggu Lagi

Salam sejahtera semua....

Hari ni 1hb dengan semangatnyer sy membuka laman web mara... sbbnyer nak cek semakan keputusan micro teaching.... dada berkobar2... tersangatlah nak tau apa jawapan nyer.. tp kan
de kata :

"Temuduga Jawatan Pensyarah / Guru MARA

Harap Maklum, Semakan Keputusan Micro Teaching Untuk Panggilan ke Sesi Temuduga Boleh Disemak Pada 6 hb Disember 2010

Tarikh Paparan : 1 Disember 2010 "

wah, bengangnyer.... punyalah lama menunggu... semalam tulis leh semak 1hb tp ari ni de leh tunda lak... hilang debaran serta merta.... takpe2, didian untuk bersabar.... sabar separuh dr iman... yeah2!!!

pen off~~

Jangan Berhenti Berdoa.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda : “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan”. Lalu Baginda ditanya oleh seseorang : “Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda : “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya : “Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa”. (Riwayat Muslim)



Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan hasilnya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik.



Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah : “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku; (Surah Maryam : Ayat 4). Sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.



Sabtu, November 27, 2010

Rapuh

Detik waktu terus berjalan

Berhias gelap dan terang

Suka dan duka tangis dan tawa

Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi

Hadir bagai teman sejati

Di antara lelahnya jiwa

Dalam resah dan air mata

Ku persembahkan kepada-Mu

Yang terindah dalam hidup


Meski ku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepada-Mu

Namun cinta dalam jiwa

Hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati

Tak sempurna mencintai-Mu

Dalam dadaku harap hanya Diri-Mu yang bertahta


Detik waktu terus berlalu

Semua berakhir pada-Mu 


pen off~

Jumaat, November 26, 2010

KERANA BULU MATA MASUK KE SYURGA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,


“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”


Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.

Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”


Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”


Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”


disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”


Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”


Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”


Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”


Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”


Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”


“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.


Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”


Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”


“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:


“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”



Isnin, November 22, 2010

Alamak.....

Salam sejahtera semua......

Sebenarnya xd lah endah sgt pas balik dari kl aritu... apa yg x endah tu?? hehehehe....

mak ayh n adik2 semua kata "long ko dah gemuk!!"

eh, biar betul tgk kat cermin xd paper... kbtulan pak usu ada sekali... sbbnya de tolong anta balik dari melaka ke umah...

de kata"haah la, dulu kurus ni dah berisi, aii dah x lawala cam ni" sambil sengih2...

masih x peduli ag (aceceh, sbnrnyer dah isau ni).. dalam diam2 p timbang..hehehe... kat umah ni ada penimbang berat badan.... mak aii (eh, silap) Masya Allah, dah naik....kalo naik 3, 4 kg xpe ag kot.. ni 12kg.... (based after study punyer timbangan)... pergh, padanlah mak nampak cam marah sgt...

de kata "kalo nak lawa masa nilah, kang kalo dah kawin, ada anak, umur dah makin naik mana leh nak kurus ag.."

alahai, tp tetap menyedapkan hati... takpe2sbb kat cermin x nampak sgt so org xlah tau sgt yg badan i ni dah naik...hehehe

akan tetapi.... angah balik bercuti dari kl, kira cuti dr kerjalah.. balik umah... semalam after main badminton n pas makan de pon cakap:

" tetiba kan aq nampak ko nyer lengan and leher ko nampak cam besar sikit, ko gemok ea skrg??"

aduhai dah sah aq dah gemok.. oh tidak!!!!!! tp makan mmg favorite skrg masa duk umah ni sbb xd menda sgt nak wat....hukhukhuk... kena diet nih... padanlah mak bising je ari2....
"along g jogging, g berjalan2 biar kurus sikit" masa mula2 main badminton after badminton tu diservis, rasa nak muntah pas main selalunyer x la sampai cam tu kan.. mmg sah dah gemok.... oh, no!!!!

so, skrg sy a.k.a ana a.k.a i perlu membuat jadual supaya dapat berat badan yang x dilabel gemok... oohoooo... br tau seksa upanyer diet ni... baik sibuk wat keje spi lupa makan sure leh kurus cepat.... hahaha..


Sekian,


pen off~

Kerja Part time


Salam sejahtera semua...

Jam dah menunjukkan pukul 1 pagi.... disebabkan kebosanan yang melanda ari ni... cam aktv yg dah dibuat dgn menggunakan internet antaranyer fb, fs, baca blog kawan2, cari gambar2 yag pelbagai and anything la bile dapat internet....


Antara sbb sy dilanda kebosanan... mak ayh n adik bongsu dipanggil kursus tuk keluarga sakinah anjuran PDRM... so boleh dikatakan sy keseorangan di rumah walaupon ada lg adik 2 org si angah n si gg tp, deorang pon bosan hahahaha...

Lastly, cari templates baru tuk blog nih... dah berapa lama dah guna template nih... hehehe... saje je nak bertukar... ada sesetengah member tukar templates setahun sekali.. tp rajin tulis cerite... updates story dalam blog... sy lak...hehehe... ada idea spi hilang idea tu sbb apa,..??? sbbnyer korang mestilah tau kan... kalo tulis kat sini... makin truk lak nanti penyakit tu melarat kat sy kan3..... :D

ni antara templates yang duk belek2 dari kul 10 tadi.... last2 guna yang ini... sbbnyer x decide ag nak guna yang mana... hehehe..... ada sesape yang leh tolong pilihkan????


mula2 berkenan ngan yang pink ni...


pas tu yang ni....


yang ni....


yang ni lagi.....


lagi 2 yang ni....



and (tagline masa mula2 masuk USIM "and many more" hikhikhik) lastly rambang mata... hahahaha....


so pencarian templates bakal bersambung.....

Sekian.

pen off~

Waktu-waktu yang dimakruhkan bersembahyang

Salam Sejahtera semua.....


Hari ni nak cerita sal solat... solat kan tiang agama so, hal remeh sal solat patutnya diambil kira.. jadi bg sesiapa yang belom and dah tau tinggal nak refresh balik sbnrnya solat ni ada waktu dan timenyer makruh...


Semua waktu-waktu ini makruh melakukan sembahyang yang tidak bersebab. Adapun sembahyang-sembahyang yang ada sebabnya seperti mengqadhakan sembahyang sunnat, sembahyang kerana gerhana matahari atau bulan, atau sembahyang jenazah maka tiadalah dihukumkan makruh.


Waktu-waktu yang dimakruhkan bersembahyang ada lima:

  1. Selepas sembahyang asar.
  2. Selepas sembahyang subuh.
  3. Selepas tergelincirnya matahari
  4. Waktu terbitnya matahari.
  5. Waktu tenggelam matahari.

Sebab larangan ialah untuk memelihara diri dari menyamai perbuatan orang-orang yang menyembah matahari pada ketika itu.


Dan juga untuk menimbulkan daya dan tenaga. Jadi dengan menjauhi waktu-waktu tersebut ialah sebagai tambahan pendorongan dan menimbulkan perhatian untuk menunggu selesainya masa-masa itu.



So, cam selalu Ustaz Izzy Hj Ali kat hot FM selalu kata apa " renung2kan dan selamat beramal" Semoga amalan kita diterima olehNya...


Sekian...


Pen off~

Ahad, November 21, 2010

Apa Dah Jadi???

Salam sejahtera semua.....

Actually, dah mati kutu dah(bkn kutu yang mati, tp korang taulah cam x dapat nak hasilkan idea) sbb ada byk mende yang dah terjadi tp x dapat nak karang kat sini.... x taulah nape padahal byk je yang leh jadi tajuk tuk entry ni....

Baru2 ni, leh kata seminggu sekali p interview tp spi sekarang keje xd pon yang lekat ag... last2 yang paling latest mohon guru kafa johor... Sebenarnya agak berat nak ngajar tp dari xd keje baik ngajar... hehehe bkn apa sbb talent bhgn tu x brapa ada... so timba pengalaman dulu sblm cungkil bakat ececeh...

br micro teaching mrsm, p duk ujian mtest, cyberview, geps and apa lg ntah.. borang online dah byk isi tp x ada kelayakan ag kot nak isi kekosongan yang ada. penyudahnyer duk umah jelah... hui, susahnyer rezeki nak lekat... kawan2 lak leh kata hampir semuanyer dah bekerja... eiiii jelesnyer...

Jalan p kolumpo pon ada sampai 2 mggu tp x dapat nak citer kat sini. sbb apa??? sbb dah lupa hehehe...xdlah... just p melawat sedara2 n sepupu2 n baby2.... hehehe.. boring nyer sal duk umah... leh kata cam ni.... "cuti dalam cuti"" hehehe

Hurmm.... apa lg nak tulis????? dah xd kot.... nanti2lah update ag.... kawan2 yang baca blog nih. Sila2la doakan saya, supaya rezeki saya sampai awal.... hehehe... dapat keje nanti leh tolong mak ayah hal2 kat umah...

oklah, Goodbye....

pen off~~

Sabtu, November 20, 2010

cinta si budak AGAMA : NAIM

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.

Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.

“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.

“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.

Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.

Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.

Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.

Isi suratnya:

Salam..

Terima kasih kerana tolong ana..

Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..

Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..

Ukhwah Fillah,

Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:

Salam,

Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,

Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,

Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?

Moga Allah meredhaai kita,

Dan,salam perkenalan.Ana Naim.

Naim

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”

Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.


“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”


“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.


“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.


Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.


Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.


Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.


“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.


Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.


“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.


Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.


Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.


Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.


Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.


Salam sayang,

Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,

Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,

Ayang benar-benar menyintai sayang..

Sepenuh jiwa dan raga ayang..

Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,

Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.

Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.

Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.

Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.

Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.

Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.

Ukhwah Fillah.

Nisa


Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.


Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.


Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.


Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.