Jumaat, April 30, 2010

SOLAT ISTIKHOROH...

Definisi Solat Istikhoroh

Kata istikhoroh dalam bahasa Arab yang maknanya adalah الاستخارة iaitu maksudnya mencari yang lebih baik. (Lihat: Lisanul Arab 4/259 cet. Dar Ihya at-Turots Th. 1419H, dan al-Mu’jam al-Wasith 1/261)

Manakala yang dimaksudkan sebagai Solat Istikhoroh menurut istilah syar’i adalah solat yang dilakukan untuk memilih yang lebih baik (yang terbaik) dari beberapa perkara yang hendak dilakukan atau ditinggalkan. (Asal perkataan ini oleh Muhammad Syamsul Haq al-Adhim al-Abadi dalam Aunul Ma’bud 4/277, dan diringkaskan dari Nailul Author 2/297, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab 3/377, Tuhfatul Ahwadzi 2/482, dan Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/215)

Hukum Solat Istikhoroh

Para ulama bersepakat bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah dan tidak wajib. Ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi, Imam as-Syaukani, al-‘Iraqi dan selainnya. Perkataan bahawa solat Istikhoroh tidak wajib telah dinyatakan sendiri oleh Rasulullah dalam hadis-hadis yang sahih, dan oleh kerananya para ulama menjelaskan bahawa hukum solat Istikhoroh adalah sunnah/tidak wajib. Mereka membawakan hadis-hadis yang sahih seperti hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari:

Dari Jabir bin Abdullah beliau berkata: “Nabi memberitahu (mengajarkan) kepada kami (solat) istikhoroh dalam segenap perkara sebagaimana beliau mengajari kami surah-surah al-Qur’an”, beliau bersabda: “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap sesuatu perkara, hendaklah dia solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdoa (Lihat hadis ini);

:دعاء صلاة الاستخارة
عَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُعَلِّمُنَا الاسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ : إذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ: (اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ , وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) , فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) , فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ) وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ وَفِي رواية ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ
((11رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ (66))

Doanya:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ , وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك ) شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ


Atau:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ , وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ , فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك ) شَرٌّ لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ , فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ


(Rujukan: http://saaid.net/bahoth/41.htm)


Transliterasi Doa:

Allaahumma inni astakheeruka bi 'ilmika wa astaqdiruka bi qudratika wa as'aluka min fadlikal ‘adziim, fa innaka taqdiru wa laa aqdir, wa ta'lamu wa laa a'lam, wa anta 'allaamulghuyoob. Allaahumma in kunta ta'lamu anna haadzal-amra [dinyatakan apa yang diminta] khayrulli fi diinii - wa ma’aashii wa ‘aaqibati amri - (atau: 'aajil amri wa aajilihi) faqdurhu li wa yassirhu li tsumma baarik lii fiihi. Allaahumma wa in kunta ta'lamu anna haadzal amro [dinyatakan apa yang diminta] sharrullii fi diini - wa ma'aashi wa 'aaqibati amri - (atau: 'aajili amri wa aajilihi) - fasrifhu 'anni washrifnii ‘anhu - waqdur lilkhayr haytsu kaana tsummaradinii bihi

Terjemahan (Doa):

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pilihan kepada-Mu dengan pengetahuan-Mu, aku memohon keputusan-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon kepada-Mu dengan keutamaa-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Allah! Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini [dinyatakan hajatnya] baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku (bagi masa terdekat dan jangkamasa panjang), maka takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku, kemudian berkatilah aku di dalamnya. Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, (bagi masa terdekat dan jangkamasa panjang), maka jauhkanlah ia dariku atau jauhkanlah aku darinya, dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana jua, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.” (Hadis Riwayat Bukhari,1166)

Bilakah Disunnahkan/Dituntut Melakukan Solat Istikhoroh

Disyari’atkan/Disunnahkan/
Dituntut melakukan solat Istikhoroh apabila seseorang berkehendak melakukan atau meninggalkan sesuatu perkara sama ada perkara besar atau kecil, dan dia mendapati keraguan, kesamaran atau ketidaktahuan akan akibat baik atau buruk baginya di masa yang akan datang, seperti pernikahan, safar (bepergian), hutang-piutang, jual-beli, sewa-menyewa, membuka perniagaan, atau seumpamanya.

Al-Mubarakfuri berkata (Dinukil secara ringkas dari Tuhfatul Ahwadzi oleh al-Mubarakfuri, 2/482): “Perkataan Jabir bin Abdullah: “Rasulullah memberitahu (mengajarkan) kepada kami solat Istikhoroh dalam segenap perkara...” menunjukkan bahawa solat Istikhoroh disyariatkan ketika menghadapi semua perkara, sama ada kecil atau besar, dan seseorang tidak boleh meremehkan sesuatu perkara, walaupun menurutnya ia remeh, sehingga meninggalkan syari’at solat Istikhoroh, dan melakukan perkara yang dianggap remeh padahal akibatnya sangat besar baginya sama ada keuntungan atau kerugian, atau manfaat dan madharatnya.”

Muhammad Syamsul Haq al-Adhim al-Abadi berkata (Dinukil secara ringkas dari Aunul Ma’bud 4/278): “Perkataan Nabi: “Apabila ada di antara kalian berkeinginan/bermaksud...,” menunjukkan bahawa solat Istikhoroh disyariatkan bagi sesiapa saja yang benar-benar bermaksud melakukan atau meninggalkan apa yang terlintas dibenaknya tetapi dia tidak mengetahui akibatnya. Dan ini bukanlah bererti setiap apa yang terlintas dibenaknya membawa kepada perlunya melaksanakan solat tersebut. Maka ini akan menjadikan setiap masa seseorang itu diwajibkan solat Istikhoroh sehingga waktunya habis hanya untuk solat Istikhoroh, akhimya ibadah yang lain ditinggalkan, dan kegiatan lain yang bermanfa’at pun terabai lantaran setiap orang selalu terlintas dibenaknya pelbagai masalah dalam setiap saatnya.”

Solat Istikhoroh hanya dilakukan apabila seseorang ragu atau tidak tahu akibat dan perkara yang akan dilakukan atau ditinggalkan, adapun perkara yang sudah diketahui akibat baiknya atau akibat buruknya, maka tidak disyari’atkan untuk solat Istikhoroh, lantaran maksud dari istikhoroh adalah mencari yang lebih baik dari suatu perkara. (Lihat Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/511-512)

As-Sayyid Sabiq berkata: “Istikhoroh hanya disyariatkan pada masalah yang pada asal hukumnya mubah (harus), adapun perkara yang wajib atau sunnah, maka sudah diketahui bahawa perkara itu berakibat baik, diperintahkan untuk dilaksanakan dan berpahala. Demikian juga perkara yang haram dan makruh, maka perkara tersebut sudah diketahui bahawa akibatnya buruk dan diperintahkan untuk meninggalkannya, serta diancam dengan azab Allah. Dari sini kita mengetahui bahawa tidak disyari’atkan solat Istikhoroh dalam perkara wajib, sunnah, haram dan makruh, kerana semua itu telah jelas akibat baik dan buruknya”. (Dinukil secara bebas dari Fiqh as-Sunnah 1/199, demikian juga dikatakan oleh Salim bin ‘Ied al-Hilali dalam Bahjah an-Nadhirin Syarh Riyadh as-Sholihin, 2/43)

Solat Istikhoroh boleh dilakukan untuk perkara wajib atau sunnah, tetapi bukan dilakukan untuk mencari akibat baik atau buruk dan perkara yang wajib atau sunnah tersebut (lantaran akibat dan perbuatan wajib dan sunnah sudah jelas baik, dan berpahala), tetapi ia dilakukan seperti untuk menentukan waktu terbaik pelaksanaan perkara wajib tersebut, atau ingin mendahulukan yang terbaik dari beberapa perkara sunnah yang hendak ia lakukan, atau mungkin juga hendak memilih di antara dua perkara yang baik yang lebih sesuai dan tepat untuknya.

Suatu contoh, seseorang yang mempunyai tanggungan puasa Ramadhan, maka ia tidak perlu beristikhoroh untuk menentukan adakah qadha’ puasa baginya baik atau buruk, kerana sudah jelas hukum mengqadha’ puasa Ramadhan adalah wajib dan berpahala, tetapi ia dapat beristikhoroh apabila ragu menentukan hari untuk mengqadha’ puasanya.

Contoh lain, seseorang penuntut ilmu (pelajar) yang dihadapkan dengan dua pilihan misalnya, di antara mengambil kursus kejuruteraan komputer dan kursus kejuruteraan kimia, maka dia tidak perlu beristikhoroh tentang baik atau buruknya kedua ilmu tersebut kerana jelas semuanya berakibat baik dan berpahala, akan tetapi ia dapat beristikhoroh bagi memilih yang manakah terbaik di antara keduanya untuk masa depannya dan kelancaran pembelajarannya.

Antara Istikhoroh Dan Musyawarah

Istikhoroh adalah perkara yang disyariatkan sebagaimana musyawarah juga disyariatkan, sebagaimana firman-Nya;

“Maafkanlah mereka, mohonkan ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam segenap perkara. Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.” (Surah Ali Imran 3: 159)

Syaikh ibnu Utsaimin berkata:

Istikhoroh (meminta yang terbaik) itu kepada Allah, sedangkan musyawarah itu meminta pendapat kepada orang-orang yang soleh atau kepada mereka yang berilmu dalam urusan yang dihadapi. Oleh kerana itu disyaratkan bagi orang yang hendak bermusyawarah untuk memilih orang yang mempunyai dua kriteria, iaitu;

Pertama, dia adalah seorang yang bijak (mampu membantu dan memberi pendapat yang baik). Hal ini lantaran seorang yang bermusyawarah memerlukan pandangan yang baik dan paling sesuai/benar untuk kemaslahatan (kebaikan) dirinya sama ada di dunia atau di akhirat.

Kedua, dia adalah seorang yang soleh (menjaga agamanya). Lantaran orang yang tidak soleh adalah orang yang tidak menjaga agamanya dan biasanya tidak menjaga amanah dan rahsia orang lain walaupun orang tersebut bijaksana (memiliki pendapat yang bernas).

Apabila setelah melaksanakan solat dan doa istikhoroh tetapi tidak tampak mana yang lebih baik, maka dianjurkan bermusyawarah dengan orang yang soleh dan bijaksana. Kemudian apa yang disarankan kepadanya insya-Allah itulah yang lebih baik baginya, kerana suatu ketika Allah tidak menampakkan kepada seseorang suatu kebaikan dan tidak menjadikan hati seseorang condong/cenderung kepada suatu perkara hanya dengan istikhoroh, tetapi Allah menjadikan hatinya condong kepada salah satu hal yang diragukan setelah bermusyawarah.”

Cara Solat Istikhoroh

Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat, sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam setiap rakaatnya membaca al-Fatihah dan terpulang untuk membaca surah apa saja yang sudah dihafal, lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis al-Bukhari dari jalan Jabir Bin Abdullah). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)

Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu?

Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlas” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini berpandukan kepada maksud (tujuan) orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga yang patut dibaca adalah dua surah tersebut.

Manakala al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun berkenaan penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh.”

Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, ini kerana tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal tersebut, dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah pada masing-masing raka’at untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.

Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaklah (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca surah apa saja yang mudah.”

Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?

Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua raka’at. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105)

a. Sebelum salam

Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan:

1. Kebanyakan doa Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam solat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdo’a meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal.” (Hadis Riwayat al-Bukhari 1377, dan Muslim 588)

2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya);

“Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Hadis Riwayat al-Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27)

3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.

b. Sesudah salam

Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdo’a...”

Berkata Ibnu Baz: “Solat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. 10666)

Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah?

Imam Nawawi rahimahullah berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam asy-Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut sama ada meneruskan maksudnya atau meninggalkannya.”

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya:

“Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah dia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh, kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya.”

Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara

Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara dia boleh meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya untuk kali kedua, ketiga, dan seterusnya. Perkara ini kerana orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah untuk tujuan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali.”

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebahagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)

Kesimpulan

1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan terhadap baik dan buruknya sesuatu perkara adalah hal yang biasa terjadi yang mana semua itu adalah termasuk di dalam tabiat dan keterbatasan manusia.

2. Solat Istikhoroh adalah solat yang dilakukan untuk meminta petunjuk kepada Allah untuk kebaikan perkara yang sedang dihadapi.

3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.

4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara sama ada besar atau kecil, selagi mana seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian.

5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supaya bertawakal kepada Allah.

6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, ada pun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan ber-istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas baginya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan ber-istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas baginya.

7. Tidak terdapat dalil yang sah berkenaan pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh. Maka, adalah bebas untuk memilih apa jua surah untuk dibaca di dalam solat.

8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)

9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh bagi satu-satu perkara apabila diperlukan.

10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.

Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama berkenaan solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah bertepatan dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dari sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.

Sumber:

Disunting/diambil dari Tulisan (Bahasa Indonesia) Abu Ibrohim Muhammad Ali & Majmu’ah Tholabah Ma’had as-Sunnah Pasuruan, Majalah al-Furqon 72, Edisi 1 Tahun ke-7, 1428 (2007), m/s. 34-39

(sunnah)

Hati Kita Keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.


Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.


Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan


Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)


2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran


Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)


3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat


Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.


4. Kurang mengagungkan Allah


Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.


www.iluvislam.com
Mohd Hafez Sabri
Editor: MawarYangTinggi

Jumaat, April 23, 2010

Amalan Minum Air Panas

Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup menambahkan amalan kepada Allah..

B.O.S.a.N


Sedang aku melayan keletihan selepas jawab exam ptg tadi...
Sedangkan ku masih serabut ngan FYP yang x siap2 nih…
Tetiba perasaan b.o.s.a.n datang menyelubungi….
Walaupun ia bukan waktu yang sepatutnya tetapi
fikiran ku melayang sejenak mengapa aku aku bosan...
berkemungkinan..bahagian otak ku yg merangsang agar diriku menjadi bosan..
bosan juga boleh diistilahkan sebagai jemu...

jemu sama sahaja dgn bosan...
bosan adalah sebahagian dari sifat manusia itu sendiri...
tanpa perasaan yang sebegitu...
hidup umpama kaku...
akan tetapi..perasaan bosan itu sendiri mempunyai byk implikasi...
Iaitu bisa menjadi kaku..

bosan melahirkan malas..
sebagai muslim..seharusnya aku mengatakan tidak kpd perkataan bosan...
kerana sudah mjadi lumrah...
kita sering melakukan solat 5 waktu...yang sudah menjadi amalan bagi kita...
apakah kita bosan dgn perlakukan itu...
sepatutnya tidak...
kerana bosan dan jemu itu hanya satu perasaan yang boleh dikawal oleh akal waras seorng muslim..
walaupun terpaksa berdepan ngn godaan syaitan yg direjam..
kerana syaitan itu senantiasa mengajak kita untuk men'set' minda kita agar kita sentiasa bosan.

bosan sepatutnya dikawal...
atas sbb itu la...diriku yg kerdil di mata Allah ini meluahkan nukilan sebegini..(nazzaim)



(mula lah nak mengarut tetiba…. pergilah baca buku, paper ada 4 lagi tuh, lagi mau macam2)


pen off~~

Selasa, April 20, 2010

Menghitung Hari

Salam sejahtera semua...

Hari ni dah lepas satu paper tuk final exam yang terakhir di USIM, ada lagi 5 paper and satu projek ilmiah @ FYP... semua perlu dihadapi dalam masa yang x sampai sebulan...

X tau nak tulis apa kat sini, tp yang penting, apa yang tergambar sekarang adalah "seperti tiada perasaan", rasanyer x penah plak sepanjang musim exam ni ada perasaan cam tu, selalunyer perasaan berdebar adalah yang paling utama sepanjang minggu peperiksaan... might be the fyp is not finished so that I feel that ways... huhuhu...

Ada lebih kurang 4 paper lagi dan paper yang terakhir adalah pada 5hb mei iaitu object oriented programming... dan pada esok harinya ada program pensijilan software testing, cadang nak ikut... bergantung pd keadaan jgklah if the fyp is not faced any problems... and this the mark on the end of the days in USIM (sedihnya)

Hmm, I should stop right here now, i must focus on the next coming paper exam + my fyp... hopefully, there no any problems... bye2...


pen off~~

Jumaat, April 09, 2010

SERONOK..

Salam sejahtera semua,

Sekarang ni baru pulang dari segala aktiviti yang berlangsung dalam dua hari ni.. Semalam, selepas habis sesi terakhir sepanjang study kat USIM ni (part ni bkn seronok tp sedih), kami yang satu course g berjalan2 and berkelah di pantai Bagan Lalang, perjalanan bermula pd pkul 4, sblm tu berkumpul di Sutera Indah... Might be this is the last meet and suka ria ngan kawan2 sepanjang di USIM... walaupon x semeriah mana, tapi tetap tinggalkan kenangan walaupon ada luka2 yg tercalar untuk jd memori dan kenangan ni (he3, ntah apa yg ada kat dalam air tu spi kaki ni luka n bengkak ari ni... yelah, sape suh nakal sgt).

Spi je kat sana, kami solat asar dulu, pas tu baru berkumpul untuk aktiviti. Aktiviti tu di"handle" oleh kak yana... Best... spi muka yg x pernah blushing ni... blushing 2x ganda dari org yg pakai blusher... huhuhu... gara2 permainan "saya sayang kamu"... sbbnyer, arahan adalah berdiri di antara dua jantina jd biasalah skema mematuhi peraturan maka hasilnya blushing jauh daari yang biasa... Kepada "kamu" yg memberi ucapan tu... ingat tau peristiwa ni... mana taknyer ,leh duk dalam senarai kenangan terindah.. dalam kelas x bercakap sgt po.n... tup2.. alahai susahnyer nak citer.. well, ini pesanan untuk "kamu" :"Akan ku ingat kata2 mu spi ble2" hehehe... arahannya "saya sayang kamu" tp de wat persis cam drama... maunyer x blushing pipi i ni... x pasal2 bocor rahsia... huhuhu..

After that, ada cabutan bertuah... setipa cabutan ada nama dan yang sape yg dapat nama tu, tukang cabut nama tu kena describe apa yg dah kita dah kenal sepnjang 4 tahun... tp x syoknyer limit kepada beberapa cabutan.. dalam hati ni nak jugak tau apa yg kenal ttg kita, maklumlah some part of ourself , we didn't know but someone else are really2 known.. pas tu, ada acara nyanyian and salam2... yg syahdunyer ada yg berpeluk2 cam x dpt jumpa je pas ni... sedih... tp itulah dunia... setiap pertemuan ada perpisahan... dan itulah yg terjadi pada kami... semoga ukhwah kita berkekalan spi bile2...

habis je sesi tu, kitaorg p mandi tp x lama sbb air dah surut n nak dekat waktu maghrib... pas je maghrib, kitaorg berjalan2 kat gerai @bush ke boosh (tul ke eja ni) yg ada kat sana, pastu makan berjemaah reramai... k.ean n suaminyer pon ada join sekali.... maka meriah la jadinyer sbb k.ean n suaminyer first time join kitorang jd meriahnyer len la sikit...paling byk aktiviti yg berlangsung ialah bergambar, spi le ke putrajaya, pas makan tu kitaorg p putrajaya lepak2 n ada sikit post moterm sepanjang perkenalan 4 tahun ni... sedih gaklah masa tu... cam biase, hati sedih tp wajah ttp maintain (feel x full emotion... huhu... agaknyerlah... padahal... sblom tido mlm td, bantal dah basah ngan airmata..)

Tulah aktiviti kenangan semalam... Insya Allah, ia akan terpahat kat hati selamayer.... Terima Kasih sbb sudi jadi kawan2 sepanjang musim study kat USIM ni... pas tu, kami berempat... i, dijah, zirah, n capa terus ke damansara tuk sesi interview esoknyer( hari nilah)... sebenarnya x beriya pon nak g... tp pepetah mengatakan "pengalaman adalah guru yg terbaik" maka dengan preparation yg x seberapa ni pegilah, tambah plak ngan kawan2... nak dapat masa cam ni bukan senang... so pergi jelah... x tahannyer, xd perasaan langsung... interview 4 IMGLAD... Alhamdulillah semuanyer berjalan lancar... Pas je interview, kami semua jadi mat saleh sbbnyer dari awal sesi spi abes sesi yg tukang incharge tu fully n fluent english in their conversation... terpengaruh la katakan spi ke Nilai duk cakap omputih,, tp bestlah... x sangka teramatlah sporting kwn2 i ni, watak2 lucu deorg semuanyer kluar... huhu... n want to knw what had dijah said???? she said that " poyo is positive" hahaha.... papelah dijah... sekurang2 nyer ada trademark interview ni... hehehe.. seronok jugak join korang ni,,, len kali leh lah wat ag....

Pape pon kenangan terindah, suka duka, pahit maung dalam perhubungan kita akan ku kenang sampai bile2.. Mohon diampunkan salah silap semasa kita bersama, halalkan apa jua yang telah diberi, kadang2 keterlanjuran tu berlaku tanpa kita sedari...itu jugaklah yang berlaku pada saya,, hopefully kita x 'lost contact' n keep in touch.. bukan 'touch n go'... huhuhu..

*pst... hehehe.. citer "??"masa dalam perjalanan tu paling best... hehehe...sbb semua rahsia dah terbongkar...huahuahua...tau jugak rahsia "korang"...

UKHWAH KITA KERANA ALLAH, SEMOGA TERPAHAT DENGAN INDAH DI SANUBARI, I LOVE U ALL, MY FRIENDS...

pen off~~

Rabu, April 07, 2010

Java & OOP

Salam sejahtera semua....

Hari ni, br selesai menghadapi labtest java @ OOP (object oriented programming)... 3 soalan semuanya... dalam masa 3 jam... actually bkn 3 jam.. sepatutnya masa yg diberi tu 3 jam... tp disebabkan ada masalah teknikal... soalan dibatalkan.... sbbnyer prof kata "knp lama sgt jwb soalan no 1 tu? kamu ada belajar x method..(method apa yer td soalan nyer, eh, cepatnyer la lupa) "dan kami satu kelas kata (kecuali saya, sbb cam dah nampak bayang dah apa yg nak dibuat) "belum...." pas tu prof kata" soalan ni batal, kita rehat solat asar n sambung balik pas ni"


Tetiba terasa cam bengong jap... otak berhenti seketika... knp batal.. tp masa yg sama cari gak jalannya... tp x dpt sbb jem jap... huhuhu ... lbh kurang 5.00ptg sambung balik spi kul 8... boleh tahan sakit kepalanyer... pelik jgk... cam ramai jer yg bleh jawab tadi... nape cam susah je sy nak jwb tadi... lg sengal pc tu ada internet tp x mencari plak... padahal kemudahan di depan mata x guna... last minute br perasan ... itupon kak fizah, tutor yg merangkap pengawas kami waktu..."kenapa x cari kat internet jer?... masa tu lbh krg 10 minit je yg ada... last2 surrender lah jgk... dah nak berakhir... brlah leh jawab... (hehehe, tq kak fiza)


Hmm, dalam byk2 subjek yg pernah sy blajar kat sini, rasanyer xdlah spi cam ni... plg kurang mesti dapat wat... yg ni...huhuhu nak menangis rasanyer... sepanjang semester ni... hanya satu soalan je bleh wat sendiri.... x dapat digambarkan perasaan tu cam ner... sbb boleh wat... huhu... kalo g amek kursus ni cam ne lah kan... 20 hari lak tu... semoga dipermudahkan... Ya Allah....


Walau pape pon, ini adalah subjek yg seronok + paling mencabar... semoga dilancarkan final exam tu nanti.... kalo ada rezeki.... nak luaskan ilmu bhgn ni... kadang2 terpikir jgk... mampu ke kalo pilih jalan ni... Hmmm... Takdir Penentu segala...


sekian

pen off~~

Jumaat, April 02, 2010

MAMPUKAH AQ?

Salam semua…

semoga sejahtera hendaknyer…


Hari ni hari jumaat, tinggal seminggu lagi untuk menghabiskan baki2 kuliah untuk sem terakhir kat USIM ni… pada masa yang sama, assignment and tugasan yang berkumpul perlu disiapkan memandangkan study week yang x lama lagi.. belom lg thesis + FYP… dalam assignment melambak rak ni, masih lagi duk layan emel, fb, dsb and yg paling dahsyat, update blog.. padahal masa makin suntuk.. and sepatutnya perlu focus pada assignment tp…… papepon, ni adalah antara aktiviti tuk untuk lepaskan tekanan..(ye kot, padahal duk fkir yg bukan2)..huuhuhu

Dgn assgn yg melambak rak ni, semuanyer memerlukan focus untuk mencari, analysis,menulis and edit jugak type… off course, semuanyer memerlukan mata tumpu pada computer lebih dari 24 jam…(ye ker? It should be, huhuhu.. in order to be the successful person and to make sure the works is done) dalam masa yg sama jgk, supervisor FYP dah bercuti 2 tahun untuk belajar… huhuhu … cam nelah ni… should face this because my Prof Norita said Ujian adalah raja kepada???... (ish, lupa plak) …. Kira dah kalahkan pengalaman.. baru tau itu…

Memandangkan tarikh antar tesis dah pon ditetapkan, tp tarikh yg ditetapkan untuk antar tesis tu sepatutnya dilanjutkan lagi sbb all the proposal, dealing with supervisor and anything regarding to the FYP is held on this semester… bleh kata x ckup waktu nak settlekan smua + ngan sessi kuliah 6 subjek sem ni...and sape nak tangguh antar plak kena potong markah… x patot, abes saya cam ne??? projek + menulis…

Itu adalah antara sebabnya rasa stress padahal leh je nak wat yg terbaik for FYP but how about those asssgnment? This coming Monday, there are two presentations projects + asiggnment, Tuesday 2nd midterm DB + should be done the chapter FYP, Wednesday lab test OOP + marketing, Thursday DB assignment, and the Friday should spend all the times and the study week to complete the FYP and revision for the final.. that’s why, the stress is accompany me in these critical times.


However, honestly to say… I’m very thankful because all my friends who are tried to help me to light up the mood and give me support to do perform well in this final semester…I should do the best as I can...

so, akhir kalam… must be fighting until the end… and I must fighting to end this serabut stress….


Chaiyok2…


Pen off~~