Sabtu, Jun 26, 2010

Sherlock Holmes




Salam sejahtera semua...

Hari ni, hari ke 3 duk kat umah pas abes kursus PHP~J2EE kat USIM selama sebulan... abes je kursus trus balik ke umah.. tanpa menunggu ari esok...sesampai je kat umah... buku pertama yg dibaca adalah buku yg bertajuk "Sherlock Holmes" penyiasat terkenal yang telah diukir dalam sejarah.. Ada dua buah buku.... kedua2nya menceritakan tentang kehebatan Shelock Holmes dalam memikirkan sesuatu kemungkinan yang terjadi berdasarkan perkara yang remeh temeh... tambahan pula, kisah yang dipaparkan kebanyakan nya bukanlah mengenai jenayah yang ekstrem, tetapi masalah yang mempunyai klue2 yang unik...

Akan tetapi, jalan cerita yangdipaparkan rasanyer bosan sikit, sbbnya.. x berupaya nak abes satu slot dalam masa satu hari.... plot pon kurang menarik... len pula kisah penyiasatan di dalam komik, sanggup untuk mengadapnyer aje dalam 15 biji sehari.... oh, lupa... mana datangnyer komik2 tersebut???? adk saya ni penggemar komik and suka wat koleksi.... koleksi yg ada ni pon dah menjuarai ranking buku sekolah kami adk beradik... hampir semuanyer dah dibaca bahkan "khtam" berulang2....

Ha, buku sherlock Holmes yang sy baca tukulit bukunyer cam yg atas tu... x byk 2 buah jer... tp x daya nak abeskan dalam satu hari... sbbnyer plotnyer cam saya cakap tdlah... tp satu hal yang paling di "salute"... sesuatu yang kecil mampu dirumuskan sebagai punca sesuatu yg besar..


pen off~

::: Pesan rOh kepada manusia ::

>>Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : "Wahai orang yang memandikan,aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan
malaikat maut".

>>Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

>>Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

>>Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah
keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya
jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

>>Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak
mahu mendoakan aku".

>>Ada satu riwayat drpd Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".

>>Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan berdoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah
sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

>>Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang
lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

>>Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang
yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

>>Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

>>Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah
tangan orang mukmin itu,keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja
malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

>>Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

>>Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
>>Sekian untuk ingatan kita bersama.Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Khamis, Jun 24, 2010

3 Perkara yang Elok Disebut

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.


Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.


Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.


3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.


Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

Sabtu, Jun 19, 2010

Bertasbih Dengan Jari atau Dengan Tasbih

”Jangan guna tasbih, tasbih tu bid’aah? Pakcik tak boleh guna” kata seorang pemuda dengan keras dan lantang kepada pakcik imam sebuah surau kampung. Pakcik imam menjawab sambil tersenyum, ”Takpe, saje je nak guna tasbih ni, biasanya pakcik guna jari”.

Begitulah gambaran satu senario yang mungkin berlaku dalam masyarakat kita. Tulisan ini tidak mahu membincangkan soal cara dan uslub pemuda tersebut menegur pakcik imam tadi. Situasi di atas agak keras, kasar dan tidak sesuai. Agak keterlaluan jika terus membidas seseorang dengan kata-kata bid’ah. Jika ingin menegur ada cara dan uslub yang lebih baik. Tulisan sederhana ini hanya ingin mengenengahkan isu penggunaan tasbih dan jari dalam zikir, antara kedua-dua cara manakah yang lebih baik? Alat tasbih di sebut subhah dalam bahasa Arab dan dikenali dengan nama tasbih dalam masyarakat Melayu. Ada segelintir orang memang suka menggunakan tasbih, sehingga setiap masa dalam poket baju melayunya ada tasbih. Manakala segelintir lagi, langsung tidak suka menggunakan tasbih, bahkan dia mampu juga berzikir. Zaman sekarang sebagai ganti kepada rantai, muncul rekaan terbaru sejenis alat yang diperbuat daripada besi mengandungi nombor, orang yang berzikir hanya memetik dengan ibu jari atas butang yang disediakan mengikut bilangan yang dikehendaki. Tetapi, antara penggunaan jari dan alat-alatan seperti itu yang manakah lebih baik?. Guna rantai tasbih atau guna jari? Walaupun tujuan kedua-duanya adala sama, iaitu untuk membilang zikir yang dibaca, tapi ia tetap ada perbezaan.

Sebenarnya ramai cendekiawan Islam yang menulis berkenaan hukum atau sejarah penggunaan rantai tasbih. Mungkin yang terawal ialah Imam al-Suyuti (wafat 911H) dalam tulisan beliau yang bertajuk ”al-Minhah fi al-subhah”. Kemudian diikuti oleh muridnya Ibn Tulun (wafat 953H) dengan nama ”al-Mulihhah fi ma warada fi asl al-subhah”. Selepas itu, muncul al-Sheikh Abd al-Hayy al-Laknawi (wafat 1304H) yang mengarangkan kitab ”Nuzhat al-Fikr fi subhat al-zikr”. Beliau hanya menyebut riwayat dan hukumnya. Namun kesemua karangan tersebut cenderung kepada pensyariatan menggunakan alat tasbih itu. Satu karya semasa yang menarik minat penulis ialah ”al-Subhah tarikhuha wa hukmuha” karangan al-Sheikh Bakr Abu Zayd. Beliau mengkaji sejarah kewujudan penggunaan tasbih dalam peribadatan umat-umat lain seperti Budha, Hindu dan Nasrani serta bagaimanakah kemasukannya dalam Islam melalui puak Rafidah, dan ahli sufi. Menurut beliau, dalam sejarah orang Arab sebenarnya mereka tidak pernah mengenali nama ’al-subhah’. Penggunaan tasbih adalah tashabbuh (meniru) cara puak-puak agama lain sedangkan sunnah mengajar kita menggunakan jari.

Berzikir menggunakan jari adalah satu sunnah dalam Islam sama ada jari kanan atau kiri. Ini adalah amalan turun temurun di kalangan orang-orang Islam. Selepas zaman sahabat dan zaman awal tabi’in baru masuk penggunaan zikir dengan biji atau batu yang disusun dengan benang. Kemudian ia dikenali dengan nama al-subhah dan menjadi lambang gerakan sufi yang melampau atau rafidah. Lebih teruk lagi, ada yang mendakwa elok digantung pada leher dan menjadi lambang para malaikat.

Hal yang perlu diketahui ramai ialah, sabit dalam sunnah sama ada secara qawli, fi’li atau taqriri bahawa yang diajar ialah mengira zikir dengan menggunakan jari. Cara inilah yang dilakukan zaman berzaman. Ia membuktikan bahawa Islam ini mudah dan hukum-hukumnya berada dalam lingkungan kemampuan umat Islam. Namun, apakah penggunaan alat tasbih yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita itu salah dan terus boleh dilabelkan sebagai bid’ah? Tidak sesekali perlu dilabelkan seperti itu, bahkan ini mungkin akan mengundang perbalahan dan pertelingkahan dalam masyarakat.

Dari segi sejarahnya, Rasulullah s.a.w. mengajar umat Islam membilang zikir dengan jari jemari. Tiada satu hadis sahih yang diriwayatkan tentang zikir menggunakan batu atau biji-bijian. Kebanyakan hadis yang disebut adalah hadis yang lemah. Selepas itu muncul alat subhah atau rantai tasbih. Sumber-sumber sejarah menyatakan bahawa subhah ini adalah benda baru yang dimasukkan dalam agama Islam. Ada pendapat mengatakan bahawa ia mula dikenali sejak 800M. Ia adalah antara cara peribadatan kalangan penganut budha, hindu dan lain-lain. Banyak sumber-sumber sejarah yang dikemukakan oleh Syeikh Bakr Abu Zayd r.h antaranya ialah al-mawsu’ah al-arabiyyah al-muyassarah, dairah al-ma’arif al-Islamiyyah dan fatawa Rashid Rida.

Maka, ditegaskan bahawa rantai tasbih atau biji tasbih yang digunakan untuk membilang tasbih atau zikir yang dilakukan oleh seseorang tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan pada zaman sahabat ataupun tabi’in rantai tasbih ini masih tidak digunakan. Oleh kerana itu, sesetengah pakar sejarah berpendapat ia mula dikenali dalam masyarakat Islam apabila dibawa masuk oleh masyarakat non muslim. Justeru, sebahagian ulama mengkategorikan ia sebagai bid’ah. Dalam Islam, semenjak zaman para al-salaf al-soleh, mereka membilang bilangan tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan jari jemari. Ada riwayat yang mengatakan sebahagian al-salaf membilang tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan batu-batu kecil. (Al-Sharbasi, Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayah 6/477). Namun riwayat-riwayat tersebut dihukumkan lemah oleh ulama. (Bakr Abu Zayd, al-Subhah 7-16).

Justeru, kesimpulan yang saya boleh buat di sini, tidak perlulah dilabelkan seseorang pembawa bid’ah sekiranya niat dan tujuan ia menggunakan alat tasbih adalah hanya untuk membilang zikirnya. Sheikh Uthaimin dan al-Sharbasi ada menegaskan sekiranya seseorang mempunyai niat ikhlas menggunakan rantai tasbih untuk membantunya membilang jumlah tasbih dan zikir, maka ia tidak salah. Manakala jika sekiranya, seseorang menggantungkan rantai tersebut pada tengkuk dan lehernya semata-mata kerana tujuan riya’, menunjuk-nunjuk atau sebagainya, ia adalah perbuatan yang dilarang. Begitu juga sekiranya ia sentiasa memegang rantai tasbihnya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk bermain-main tanpa berzikir sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam, maka ia wajib dihindari. InsyaAllah, mudahan-mudahan masyarakat Islam di Malaysia tidak ada yang melakukan perbuatan seperti itu.

Namun yang perlu ditekankan ialah lebih afdhal baginya menggunakan jari jemarinya sendiri. Hal ini kerana menggunakan jari adalah cara sunnah yang diajarkan Nabi s.a.w. serta ditunjukkan oleh para sahabat r.a. Tambahan pula, jari-jari yang digunakan untuk membilang zikir-zikir tersebut akan menjadi saksi untuk kita pada hari akhirat nanti. Firman Allah Taala (Yasin : 65) :
Maksudnya : “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan”.
Sabda Nabi s.a.w kepada wanita :
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ اعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ

Maksudnya : “Wahai sekalian wanita, gunalah jari jemari (untuk membilang zikir) kerana sesungguhnya ia akan disoal dan berkata-kata”.
Oleh itu, untuk memperbaiki dan mencantikkan lagi zikir kita, seeloknya kita mengikut cara tunjuk ajar sunnah Nabi s.a.w. Mudah-mudahan Allah Taala menerima segala amalan dan niat ikhlas kita untuk menjadi pengikut setia Rasulullah s.a.w.

- Nukilan dari Artikel Ust Nik Abdul Rahim Dalam Majalah Solusi di Ruangan Maqasid

Jumaat, Jun 18, 2010

Cara Ulama Menjaga Masa Dan Ilmu.

KISAH IBNU NAFIS

Beliau adalah seorang doktor perubatan yang terkenal. Beliau juga adalah orang pertama yang menjumpai teori perjalanan darah pada kurun ketujuh Hijrah.

Diriwayatkan bahawa Ibnu Nafis seorang yang tidak suka membuang masa. Apabila ingin menulis beliau akan memalingkan mukanya mengadap dinding, kemudian mula menulis daripada ilmu pengetahuannya tanpa merujuk apa-apa kitab. Dikatakan beliau menulis laju seperti air yang mengalir. Apabila penselnya tumpul beliau akan mencampaknya ke suatu tempat khas kemudian mengambil pensel baru, oleh yang demikian beliau akan pastikan pensel-pensel yang telah diasah tersedia di atas mejanya sebelum memulakan penulisan kerana ditakuti masanya akan terbuang dengan mengasah pensel-pensel berkenaan.
Satu ketika, beliau masuk tandas untuk mandi, kemudian keluar kembali seraya meminta pen, dakwat dan kertas, justeru menulis satu karangan mengenai denyutan nadi. Setelah itu beliau masuk semula ke dalam tandas untuk menghabiskan mandiannya.

Kisah Ibnu Jauzi

Setiap kali selepas mengasah penselnya, Ibnu Jauzi akan mengumpul habuk tersebut di dalam satu bekas khusus. Apabila beliau jatuh sakit, beliau mewasiatkan agar habuk tersebut dijadikan bahan bakar untuk memasak air mandian mayatnya. Apabila beliau wafat, sahabat dan kerabat beliau melaksanakan wasiat yang ditinggalkan, ternyata habuk pensil tersebut sempat memanaskan air mandian mayatnya malah ianya masih berbaki sedikit.

Kisah Imam at-Tabari

Beliau seorang ahli tafsir yang masyhur. Beliau juga terkenal dengan pengawasannya terhadap ilmu pengetahuan. As-Simsimi berkata: Beliau menulis setiap hari empat puluh helaian dalam masa empat puluh tahun.
Muridnya (al-Qadhi Abu Bakar) telah meriwayatkan bahawa beliau seorang yang terlalu menjaga rutin hariannya. Selepas mengambil sarapan pagi beliau akan tidur kemudian bangun dan solat zohor. Sejurus kemudian beliau akan mula menulis hingga masuk waktu Asar. Pabila selesai menunaikan Fardhu Asar, dia akan bersama murid-muridnya menelaah ilmu sehingga Maghrib. Selepas Maghrib pula beliau akan mengajar ilmu Feqah sehingga larut malam.
Kalau kita perhatikan, betapa beliau pandai membahagikan masa dan usianya demi kepentingan agama, masyarakat dan dirinya sendiri. Beliau tidak pernah membazirkan walaupun sesaat pada perkara yang tidak berfaedah, masa baginya biarlah digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah ataupun untuk mengambil faedah daripada orang lain. Inilah dia ikutan kita, seorang ahli agama yang menggadaikan umurnya semata-mata untuk agama, untuk Allah, untuk beribadah dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebuah kisah lain, antara lainnya mengisahkan kehidupan Imam at-Tabari yang tidak boleh terpisah daripada ilmu. Kisah ini diriwayatkan oleh salah seorang sahabat beliau (al-Murafi bin Zakaria) yang datang menziarahi waktu sakitnya. Apabila Imam at-Tabari mendengar salah seorang pelawat membaca doa ke atasnya lalu dia berkata, tolong ambilkan aku sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian beliau menulis doa tersebut. Salah seorang daripada mereka bertanya: Apakan kamu masih menulis ilmu sedangkan kamu dalam keadaan begini? Jawab beliau: Sememangnya menjadi kewajipan setiap manusia untuk tidak meninggalkan ilmu berlalu pergi begitu sahaja hingga mati.

Kisah Sulaim ar-Razi

Imam Sulaim ar-Razi ini merupakan seorang yang amat mementingkan masa dan ilmu, warak dan selalu menghisab dirinya. Beliau tidak pernah meninggalkan sedetik waktu tanpa faedah. Samada beliau akan belajar, mengajar, menyalin ataupun membaca. Diriwayatkan daripada beliau sendiri: Aku sempat menghabiskan satu juzuk (bab) bacaanku di dalam perjalanan pulang ke rumahku.

Perkara ini diakui oleh salah seorang sahabat beliau (al-Muammil bin al-Hassan): Aku terlihat Sulaim mengasah pensel sambil mulutnya terkumat kamit menyebut sesuatu. Pabila ditanya, aku mengetahui beliau sedang membaca al-Quran semasa mengasah pensel nya, kerana ditakuti masa akan berlalu begitu sahaja tanpa beliau mengambil apa-apa faedah ataupun suatu tindakan yang positif. Inilah dia seorang ulama’ Islam yang hidup di zaman silam, oelh sebab itulah tidak dinafikan bahawa Islam pada zaman mereka telah melalui satu zaman kegemilangan yang tidak ada tolok bandingnya.

Kisah Imam al-Juwaini

Beliau adalah Imam masjid al-Haram dan masjid an-Nabawi. Katanya: Aku tak tidur dan tak makan pada kebiasaannya, tetapi apabila terlalu mengantuk aku tertidur, samada pada waktu malam ataupun siang, begitu juga aku makan jika aku terasa nak makan, tidak kira masa dan ketika. Hal ini menggambarkan betapa kelazatannya hanya tertumpu pada ilmu semata-mata.

Kisah Abu al-Wafa’

Imam Abu al-Wafa’ pernah berkata: Tidak bisa untukku persiakan setiap detik kuniaan yang Maha Esa buatku, hatta kalaulah lidahku kelu untuk meneruskan hafalan dan mataku penat menatapi patah tulisan, aku akan berusaha menggerakkan fikiranku dengan memikirkan sesuatu cadangan maupun permasalahan, aku tidak akan berasa lega dan berpuas hati melainkan setelah aku mendapati jalan penyelesaiannya.

Aku juga mendapati, kesusahan menghadapi ilmu ini pada usiaku lapan puluhan lebih daripada usiaku dua puluhan. Aku juga berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan masa makanku, kadangkala aku hanya memadai dengan sepotong kek dan seteguk air sejuk. Sehingga aku dapat meluangkan semaksima masa yang mungkin untuk ilmu pengetahuanku. Sesungguhnya harta yang paling berharga di sisi ulama ialah waktu dan ilmu. Kerana waktu itu tidak akan menunggu seseorang sebaliknya tanggungjawab yang datang bertandang pula bertindan-tindan.
Setelah tiba saat kewafatan beliau, kedapatan wanita menangis kerana tidak mahu terpisah daripada insan tersayang, tetapi beliau dengan tenang berkata: “Sesungguhnya aku takut berbuat dosa pada Tuhan Yang Rahman selama lima puluh tahun. Kerana selama masa tersebut aku telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mungkin tidak bertepatan dengan kehendak Allah. Maka doakanlah agar aku diampuni-Nya.”

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan apa-apa pesaka melainkan kitab-kitab nya yang banyak serta beberapa helai pakaian yang hanya cukup untuk dijadikan kain kafan serta membayar segala hutang-hutangnya. Lihatlah betapa agungnya pengorbanan seorang hamba terhadap tuhannya yang Esa. Walaupun telah banyak mengorbankan masanya demi kepentingan agama, tapi masih tidak berpuas hati, masih lagi takut seksa Ilahi. Tapi kita, apakah yang kita cari? Renungilah perbuatan-perbuatanmu wahai diri.

Kisah Imam ar-Razi

Imam ar-Razi adalah seorang ahli tafsir yang terkemuka pernah berkata: Sesungguhnya aku sangat menyesali kerana tidak dapat mengulangkaji ilmu ketika makan, sesungguhnya masa dan usia itu amat mahal harganya.

Kisah Ibnu Asakir

Diriwayatkan daripada anaknya al-Qasim: Ayahku seorang yang terlalu menjaga solat jamaah dan bacaan al-Quran. Beliau akan khatam al-Quran tersebut pada tiap-tiap hari jumaat dan setiap hari di bulan Ramadhan. Beliau juga sentiasa beriktikaf dalam masjid dan membanyakkan perkara-perkara sunnat serta zikir.

Salah seorang muridnya (Abu al-Mawahib) juga berkata: Aku tidak pernah melihat seseorang yang boleh menandingi Ibn Asakir di dalam banyak perkara, seperti mengikuti cara ibadah yang sama sepanjang empat puluh tahun, sentiasa berada di saf yang pertama setiap waktu sembahyang kecuali jika ada keuzuran, sentiasa beriktikaf di masjid pada bulan Ramadhan dan sepuluh Zulhijjah, tidak meminta untuk menjadi seorang pemimpin ataupun khatib (pembaca khutbah, kerana martabat pembaca khutbah pada masa itu terlalu tinggi), beliau juga selalu menasihati manusia ke arah kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kejahatan, tanpa gentar kepada sebarang ugutan ataupun celaan orang-orang yang mencela.

Kisah Ibnu Malik

Beliau adalah seorang ahli Nahu yang terkenal. Seorang yang banyak merujuk dan cepat menyemak. Beliau tidak akan menulis sesuatu tanpa merujuk kepada kitab asal. Para sahabatnya tidak pernah melihat beliau membuat perkara yang sia-sia, kecuali melihat beliau samada sedang solat ataupun membaca al-Quran ataupun mengarang ataupun membaca kitab.
Dan diantara perkara ajaib yang menandakan betapa beliau mengambil berat masalah ilmu dan waktunya iaitu apabila anak lelakinya datang melawat beliau masa sakitnya, bersama anak tersebut lapan bait (baris) syair, maka beliau meminta agar anaknya membaca syair-syair tersebut kemudian beliau menghafalnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, rahimahullah.

Seterusnya peristiwa ini mengiyakan kata pepatah: Setinggi mana gunung didaki kamu akan dapati apa yang kamu hajati. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Inilah kisah-kisah yang dicedok daripada kitab: Nilai Masa Di Sisi Ulama karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Kitab ini antara lainnya menceritakan kesabaran para ulama silam mencari ilmu walaupun terpaksa berpisah daripada isteri kesayangan, anak yang menjadi cahaya kehidupan, bahkan mereka sanggup mengurangkan rutin harian mereka seperti makan, minum serta tidur.

Oleh sebab itu, tidak pelik jika kita perhatikan Islam pernah gemilang di suatu zaman dahulu, malah kita masih berbangga dengan kegemilangan tersebut hingga ke hari ini. Apakah cukup hanya dengan kita berbangga? Adakah Islam akan kembali gemilang dan memerintah dunia hanya kerana kita bangga dengan apa yang umat Islam telah capai dahulu? Justeru itu, marilah kita mendalami kisah hidup para ulama’ yang hidup pada zaman tersebut, pada tangan merekalah datangnya kegemilangan. Apakah yang mereka lakukan sehingga mereka menjadi begitu hebat? Inilah dia pegangan mereka, mereka sanggup buat segala-galanya kerana pentingkan ilmu, hanya demi agama Allah yang suci murni.

Diharapkan melalui kisah-kisah ini pembaca sekalian mendapat sedikit motivasi untuk menjaga dan memprogramkan hidup mereka seharian. Semoga dengan program tersebut mereka lebih berasa lazat berdampingan dengan ilmu pengetahuan daripada keasyikan dunia fana.(from prof Norita Md Norwawi)

Kisah Rasulullah S.A.W dan Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar kota Madinah ada seorang pengemis yahudi buta yang selalu berkata kepada orang-orang, “Jangan dekati Muhammad! Jauhi dia! Jauhi dia! Dia orang gila. Dia itu penyihir. Jika kalian mendekatinya maka kalian akan terpengaruh olehnya.”

Tak ada seorang pun yang lewat melainkan telah mendengarkan ocehannya tersebut. Begitu pula pada seseorang yang selalu menemuinya setiap hari di sana, memberinya makanan, hingga menyuapinya. Pengemis buta itu selalu menghina dan merendahkan Muhammad, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, di hadapan orang yang menyuapinya itu. Tapi orang itu hanya diam, terus menyuapi pengemis buta itu hingga makanannya habis.

Hingga akhirnya beberapa saat kemudian Rasulullah wafat. Kesedihan menaungi hati para sahabatnya. Suasana duka pun berlangsung amat lama bagi mereka. Seseorang yang begitu mereka cintai, mereka segani, dan begitu mereka taati telah pergi dari sisi mereka.

Hari-hari mereka lewati begitu berat tanpa Rasulullah. Mereka akan selalu mengenang kebersamaan mereka dengan beliau semasa hidupnya. Mereka tidak akan pernah melupakannya.

Begitulah yang tengah terjadi pada diri Abu Bakar Ash Shiddiq, seorang sahabat beliau yang mulia. Dia tidak akan pernah bisa melupakan kenangan bersama Rasulullah. Justru dia dengan semangat menjalankan ibadah-ibadah sunnah yang dahulu sering dilakukan Rasulullah, tentu saja di samping ibadah-ibadah yang wajib.

Suatu hari, dia pernah bertanya kepada Aisyah, putrinya, “Wahai, putriku, apakah ada amalan yang sering dilakukan Rasulullah yang belum pernah kulakukan?”

“Ya, ada, Ayah,” jawab Aisyah.

“Apa itu?” tanya Abu Bakar lagi dengan penuh rasa penasaran.

Aisyah pun mulai bercerita.

Keesokan harinya, Abu Bakar berniat menunaikan amalan itu. Dia pergi menuju sudut pasar Madinah dengan membawa sebungkus makanan. Kemudian dia berhenti di depan seorang pengemis buta yang tengah sibuk memperingatkan orang-orang untuk menjauhi Muhammad. Betapa hancur hati Abu Bakar menyaksikan aksi pengemis itu yang begitu lancang menghina Rasulullah di hadapan banyak orang. Tapi dia mencoba untuk bersabar.

Abu Bakar lalu membuka bungkusan makanan yang dibawanya dari rumah. Kemudian dia mengajak pengemis itu duduk dan langsung menyuapi pengemis itu dengan tangannya.

“Kau bukan orang yang biasa memberiku makanan,” kata si pengemis buta dengan nada menghardik.

“Aku orang yang biasa,” kata Abu Bakar.

“Tidak. Kau bukan orang yang biasa ke sini untuk memberiku makanan. Apabila dia yang datang, maka tak susah tangan ini memegang dan tak susah mulutku mengunyah. Dia selalu menghaluskan terlebih dahulu makanan yang akan disuapinya ke mulutku.” Begitulah bantahan si pengemis buta.

Abu Bakar tak bisa membendung rasa harunya. Air matanya menetes tak tertahankan. Dia kemudian berkata, “Ya, benar. Aku memang bukan orang yang biasa ke sini untuk memberimu makanan. Aku adalah salah satu sahabatnya. Orang yang dulu biasa ke sini itu telah wafat.”

Abu Bakar melanjutkan perkataannya. “Tahukah kau siapa orang yang dulu biasa ke sini untuk memberimu makanan? Dia adalah Muhammad, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Orang yang selalu kau hina di depan orang banyak.”

Betapa terkejutnya pengemis Yahudi yang buta itu. Dia tak dapat berkata apa-apa. Air matanya perlahan berlinang membasahi kedua pipinya. Dia baru sadar betapa hinanya dirinya yang telah memperlakukan Rasulullah seperti itu. Padahal beliau telah berbaik hati memberinya makanan setiap hari.

“Benarkah itu?” tanya si pengemis buta setelah lama merenungi apa yang telah terjadi. “Selama ini aku telah menghinanya, memfitnahnya, bahkan di hadapannya. Tapi dia tidak pernah memarahiku. Dia sabar menghadapiku dengan berbagai macam ocehanku dan berbaik hati melumatkan makanan yang dibawanya untukku. Dia begitu mulia.” Tangisnya semakin menjadi.

Pada saat itu juga, di hadapan Abu Bakar Ash Shiddiq, pengemis Yahudi buta itu menyatakan ke-Islamannya. Akhirnya dia mengucapkan dua kalimat syahadat ‘La ilaha illallah. Muhammadar Rasulullah.’ setelah apa yang telah dilakukannya terhadap Rasulullah.

Ada kalanya apa yang diusahakan menampakkan hasil apabila kita sudah tiada lagi di dunia. Think positive. Hope for the best . Sentiasa iringi dengan doa