Khamis, November 10, 2011

Expirence

salam semua...

rasanyer belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban.. hehe... takbir raya pon masih bergema lagi.. ni adalah pengalaman yang berkaitan dengan hari raya ni...

tempat kerja baru ni, telah adakan majlis korban, semua staff kena terlibat... termasuklah saya.. hu3, sesungguhnya x penah lg join2 bab2 sembelihan ni... masuk sini, mcm2 program... rasa cam brtuah gilelah keje kat tmpt ni, mmg dpt ilmu baru lah...

nak jadikan crita, biasalah bdak baru, byk lg lah yg blom tau, jd xlah terasa akan dapat part yang berat... akan tetapi, sy telah pon dipilih sbg ajk melapah... wah, dahla nak pegang pisau pon x berapa pakar, ni plak nak kena potong daging lembu yang besar sgt tu.... masa dpt tugasan tu... lama gak tgk tgn ni.... hehehe

tp masa hari kejadian xlah terkejut sgt... rupanyer ramai yg berminat tuk potong daging.. yg mana telah diberi tugasan tuk bhgn lain pon join sekali... heh3 meriah... siap ada rakaman khas...

masa tu, menu mcm2, berasaskan daging korban... sebahagian diedar kepada staff2... sebahagian lg untuk menu jamuan beramai2... ada BBQ, rendang daging, sup tulang, daging mask kari... pergh, kekenyangan.... x pasal2... kena berlari plak ptg tu.... jaga badan...huhuhu

setakat tu jelah kot... hehehe... len kali plak... nak sambung wat keje...

Diam Itu Lebih Baik

salam geng.... artikel yg baru sy baca dari blog amalan harian.... semoga manfaat tuk semuanyer..

LEBIH BAIK DIAM

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.
Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : “Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: “Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh “ Ah!” terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? ”
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah, Ibadah tanpa perbuatan, Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan, Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat, yang hatinya didalam kelalaian.

Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau, kalau dia bercakap takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu baik atau jahat, dia biarkan saja orang itu bercakap, dan mendengar sahaja kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,
“Diam-diam ubi berisi”
atau
“Diam-diam tong kosong”
atau
“diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”

HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Khamis, Oktober 27, 2011

Sesi Baru..

salam sejahtera semua....

apa kabar??? off course sihat, kan... dah lama x tulis entry... ni pon mencuri masa bila berkesempatan... hehehe... fasa baru dah pon bermula...

fasa baru??? hehehe... actually, i dah pindah tempat keje.. n sekarang bermastautin di Shah Alam.. setelah pelbagai cabaran yang datang menghalang... dah duk sini pon ada halangan lagi... itu semua ujian... Ada yg kata petikan dari firman Allah " Tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji"... Jadi sebagai muslim dan mukmin, maka wajarlah kita diuji... harap tabah dalam menempuh ujian ujian yang mendatang...

Serius, byk gile nak citer... dari detik masuk tempat baru sampai saat ni, dah masuk minggu ketiga... pengalaman yang dilalui mmg best n kelakar... cuma rasa rendah diri n malu malu kucing tu belom dapat dikawal sebaiknya.. yelah, staf kat sini hampir 100 orang.. x sama ngan tempat keje dulu... x sampai 40 orang...

Yang tak dapat dilupakan... gelaran diberi adalah sesuatu yang tidak disangka...yelah, sebelum ni, siap mengelak - elak... sbb taklif pada gelaran tu rasanya berat nak bawak... ternyata, lekat gak kat sini... nampaknya kna ada wat renovation akhlak selepas ni...

Papepon, sy mmg harap disini dapat timba pengalaman baru... bagus juga diletakkan di sini sepanjang masa menuntut ilmu baru, mengrefresh ilmu yang lama, memperhebatkan amalan ilmu yang sedia ada... Semoga ketenangan dan cinta pada Ilahi tidak terkubur dengan ujian2 yang diberikan... Semoga hidup sentiasa berbahagia...

Hope kalian pon begitu jua...

Sekian

pen off~~

Selasa, September 06, 2011

Silam Yang Berlalu...

salam sejahtera...

u all terror x???? leh teka tak apa yang berderet2 yang i tulis nih???? jom main teka teki....


* Cincin * WBY * Gam Kasut * Payung * Juara Ikan Bakar *
Pizza Hut * Nur Kasih The Movie * Pirates of Carrabians * McD Makhkota Parade *
Carefour Melaka * Pasar Malam *
Pasar Malam Bandar Hilir * Nilai * Port Dickson * Jam Tangan *
Gunung Ledang * 9896 * JHH * Tudung Ariani * Minyak Wangi *
Bus * Dataran Segamat * Dataran Ledang * Masjid Muar * Vanishing Cream * Top Up )!@ * Coklat & Dutch Lady * T- shirt *
Kebun Baru * Replika Durian * Al Quran * Topi * Lesen P * Muar *
Saba Awor * Lukisan * Mahkota Parade * Sagil Stall * 5772 * KSL *
Stor * Office * Berkilau -kilau * Oren * Sedetik Lebih *****



Apa lagi yea???? Erm, ada kita top up lagi... rasa nyer x dapat teka ... huhuhuhu... pape pon semuanyer tinggal kenangan... mungkinkah sejarah akan berulang????
Dah raya nih..... statik x bergerak pape pon... sedih giler.... hehehehehe

pen off~~

Selasa, Ogos 23, 2011

Semua Yang Tutup Aurat Masuk Syurga Ke?

Assalamualaikum.....

Terbaca satu blog nih... cite sal tudung.... tak terlintas plak jawapan yang sebegini oleh sang muslimah... Nampaknya ilmu masih lagi kurang... kena rajin top up ni... Selalunya baca dari versi artikel.. tp apabila dalam kategori perbualan???? cam ne agaknya??? sbb ada yg guna kata-kata hikmah... ada yang bahasa yang seperti peluru.... tembak berdas2... papepun manusia digalakkan untuk saling berpesan pesanan... so saya copy ni dari blog ni


Renung - renungkan dan selamat bermuhasabah diri...

pen off~~

Ahad, Ogos 21, 2011

Doa Buat Kekuatanku~

copy n paste dari blog cik yayang..


ya Allah, jika benar dia jodoh ku.. kau satukanlah kami.. jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.. jika benar dia yang terbaik buatku.. kau peliharalah perasaan cinta antara kami.. agar kami saling mengasihi.. agar kami saling menghormati..




jangan ya Allah.. kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima... sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan.. benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya..



Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..


Jangan Ya Allah.. jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami... Engkau berhak ya Allah.. untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...



Aku mohon ya Allah, cekalkan hati ini.. lindungilah dia jauh disana.. pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Agar dia terpelihara, agar dia bahagia....


Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku.. kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku......

Khamis, Jun 23, 2011

Persoalan lagi....

salam sejahtera semua...

hal ni masih lagi berkait dengan si Hawa dan Adam... Saya dah baca komen cik yayang... satu je komen setakat ni kat post...

Saya sebenarnya lebih cenderung kpd si Hawa, mungkin sy x dengar citer si Adam... Bahagian mana yg menyebabkan de berkecil hati... Menurut saya, Hawa bersikap begitu mgkin nak menguji... Saya pon rasa de ada wat salah ngan Adam... Persoalan saya kat sni adalah kenapa Adam x nak bg peluang kedua kepada Hawa. Saya tau ada tahap kesabaran pd setiap org... Tak salah rasanyer de cuba membuka ruang... saya pon... akan cuba buka ruang kepada kawan2 yg melukakan... tp dalam kes couple ni, sy pon x tau akan buat.. tp kalo sy ada di tempat Adam .... saya pasti sy akan bg ruang kepada Hawa...

Andai katalah, Mereka ni memilih untuk kawin... x sampai brapa bulan mesti dah naik mahkamah, kan.. xd kah cara untuk Hawa ni tebus balik kesalahan dia??? sy pon x pasti apa yg nak jelaskan kat sini... sy pasti sy berharap sgt deorg ni bebaik semula.....

sekian...

pen off~~