Selasa, Ogos 03, 2010

Kaitan "Qailullah" dan Sains.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Wallahualam

Dipetik dari islam.sukeri.com

Keistimewaan Doa Ketika Sujud


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”

Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

KEISTIMEWAANNYA
———————
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Sabtu, Julai 31, 2010

activity seorang penganggur...

salam sejahtera semua....

hari ni nak cter sal aktiviti seorang penganggur....huhuhu

Bgn pagi
Pastu tgk tv (selalunyer ulangan imam muda)
Sambil menyapu
Basuh kain Basuh pinggan
Lap lantai
Masak air
Buat air the tuk ayah sbb de suka minum air tu
Buang sampah
Jemur baju
Masak apa yg patut (tolong mak je pon, bukan pdi masak)
Makan
Tgk tv lg masa ni kartun… kartun plg best phines n ferb
Kdg2 internet biaselah apa lg kalo bkn fb kdg2 blog
tp bast duk layan tv ag lor..
Kdg2 ikut mak ke Bandar
Kdg2 jogging
Mlm plak ulang yg sama.. (part tolong mak masak)
Kdg2 lepak kat balai, kaco ayh wat keje… hehe( ayh pggl ajar computer sbnrnya..)


Bile masa dah tiba, bed time.. tp masih cam dulu, tidor tetap kul 1 n 2… cam dah x leh repair jer…huhu

Pen off~~

Interview…

Salam sejahtera semua…

Salam 1 malaysia(aikk, nak tukar trend lak ker??? )

Pada 17 julai 2010 VIP Hotel mengadakan sessi temuduga terbuka kepada fresh graduate di kawasan segamat. .. dapat tau dari jiran, sbb jementah n segamat perjalanannya memakan masa selama setengah jam… hehehe… kalo bab bejalan2, sorilah sy bukan orgnyer… huhuhu.. nak dijadika cerita hari tersebut jatuh pd hari sabtu… makluman diterima pada jumaat malam.. dengan kelam kabutnyer, sy pon membuat persiapan ala kadar… sbuk print result terbaru yg x seberapa, takut de nak tgk, g cuci gambar, nak tangkap gambar yg baru dah x sempat…. Photostat mana yg patut sbg preparation… yg dashatner mak I pon sbuk sekali… sbuk memberi ingatan… ngan resume ntah pape diprint( actually x sempat nak update mana yg patut)… dengan baju n kasut yg wajib bertutup… huhuhu, terngat plak waktu interview imglad dulu tu… pon huru hara gak..
Nama programme tu adalah GEP iaitu graduate employability programme anjuran pembangunan sumber manusia berhad… bermula jam 9.00pg hingga kul 1.. n mati2 I ingat pas temuduga trus balik, rupanya ada tentetif program…


• 9.00 pg ketibaan dan pendaftaran peserta
• 10.00pg sesi temuduga
• 11.00pg ketibaan Y.B Menteri Sumber Manusia
• 11.15pg ucapan dan perasmian
• 11.30pg lawatan pameranoleh Y.B
• 11.45pg sambungan sesi temuduga
• 1.00tgh hari bersurai.


Actually, sesi temuduga kul 10 tu bukan ada pon… sbb I kena tunggu majlis perasmian br ditemuduga.. kalo x dah bleh balik awal dah… program ni sama cam imglad, bg training dulu pas tu praktikal n diserap sebagai pekerja… kat situ ada disediakan booth… bhgn programmer, designer, tourism and management… tinggal pilih bidang yg kita minat jer…kelas pula difahamkan bermula bulan 9… (mmg debab nak tunggu masa tu tiba) deorg kata, biar korang seronok raya dulu sblm diragging… huhuhu(alamak,ragging??? Pengsan) kepada kawan2 yg membaca ni sila layari laman web www.hrdf.com.my , mari kita meramaikan.. sebulan dapat rm500, kat sana lbh kurang 5 bulan, 3bulan training and 2 bulan praktikal br serap, missal kata, company tu x mau kita sbg pekerja de, pihak yg berkaitan akan crkan tmpt yg len…
Dan kul 1, br I leh balik… huish, penat… n resume n sijil2 yg diphotostat tu x perlu pon… cish, memang menghuruharakan.. n lagi satu I diterima, tempat training I nanti bakal berlangsung di segi college kat subang, semoga Allah permudahkan urusan ku… amin~~

Pen off~~

Bila kami berkumpul…

Salam sejahtera semua….

Pelik rasanya bila tulis sal tajuk ni, tp sbnrnya mmg best. Ramai kawan2 tanye best ke adik semuanya lelaki??? Sbnrnya x leh nak jawab soalan tu sebabnya x pernah ada adik perempuan, experience lglah xd.. masa trend adik beradik “angkat” dulu, x join pon, dan x pernah terlintas pon nak wat cam tu… sbbnya otak ku jumud waktu tu… adk sendiri nip on susah n x terjaga, ni plak yg “berangkat” sure lglah x leh nak jaga… lg pulak anak sulung tambah plak mak ayah keje…. So, mak ayah mmg harapkan anak sulung tgkkan adik2….

Sekarang walaupun lum masuk zon dewasa, (on da way actually).. adik2 skrg pon dah besar dah.. ada yg dah kerja… so, masing2 duk jauh2… sorang kat kl, sorang kat muar, I plak kat nilai n bakal plak berhijrah, kalo kena kerja jauh dr rumah.. and adk sbuk sekolah… so, BILA KMI BERKUMPUL …. Huru hara n gamat lah umah ni… ditambah plak kbtulan mak ayh pon cuti skali… riuh nyer mengalahkan dewan … oppss rasanyer pasar lg sesuai… hehehe.. cam2 lawak deorg wat… x penah kalo duk skali reramai cam tu ckp sal sesuatu yg serius…. Ada je yg wat lawak… pasangan yg plg ngam bila wat lawak dalam ramai2 ni adik n angah… kalo dah duk 2 org tu skali.. tido pon leh bangun duk gelakkan deorang… ntah pape2.. kdg2 deorg ckp benda yg x penah terpikir, n penah terlintas pon isu tu leh jd lawak… x tau lah apa jadi kalo join raja lawak,,, sbb dua2 tu sbnrnya serius org nyer, tambah2 si angah de tu + panas baran…

Dah 3 ari berturut2 kitaorg duk sakan bergelak, n sekarang deorg pon dah balik semula untuk teruskan rutin yg biasa de wat (keje cari duit… huhuhu)… x sempat nak tulis apa yg deorg duk melawak n skrg x dpt nak ingat… nak kena kumpul ni untuk entry seterusnya…. Tunggu…

Pen off~

Sabtu, Julai 10, 2010

kerja oh kerja

Salam sejahtera semua.....

he3..... ari ni nak citer sal cari keje.... memandangkan x lama ag secara rasminya akan tamat status sy sbg student... masa nilah duk teringat balik zaman2 tu..... USIM 4 tahun.... macam2 dah jadi... yg pahit, manis, masam, duka, indah n macam2 ag lah.... lg pun, duk umah tanpa keje ni bosan... mak asyik bising je takut badan i naik... maklumlah kat umah, makan adalah ranking yg teratas... so, untuk jd debab tu cam petik jari jer...

oklah, sal keje... ari ketiga pas balik umah, g interview kat syrikay RM2, kebetulan ada kosong kat situ, the owner is chinese.. rasa cam x nak g jer, sbb jarang masuk dalam kelompok satu Malaysia... dah lama tinggalkan zaman ketika bercampur dengan warga satu Malaysia, tapi gagahkan jugaklah... kul 10 pg pegi ngan jalan kaki... dekat je pun... bile masukje kawasan pejabat... semuanya chienese ada gak melayu, tp suasana tu lain... seram gak masa tu rasa cam nak kuar jer... x nak interview tp dah masuk dah... kena lah gak... bile dah mula biasa ngan suasana pajabat tu, barulah dipanggil interview.. actually deorg ni ok jer.... i ni yg gabra x tentu hala... hahaha... biaselah i terview macam2 de tanye... n lastly, "awk terlambat sbb semalam kami dah dapat org tuk position yg kosong"... hampeh tul... kalo dah dapat ckp jelah xd keje kosong...tp xpelah, pengalaman di interview tu ada.. n yg interview tu chienese sama masa interview imglad ari tu...

Pas tu, sy pun meneruskan usaha mencari, ada keje kosong kat yayasan restu... rasa cam nak mohon tp bgtau mak ayah dulu sbb kena duk jauh kat Shah Alam tu, tau pun dari kak zati, class mate n course mate USIM... mak n ayah lama je diam... pas tu de ckp, "x yahlah long, cari yg dekat2 ni je x yahlah sampai jauh ke sana"... dalam hatiku berkata "mmg debab lah aq pas ni"..

Usaha pon diteruskan lg, dapat makluman sal gstt.. guru sandaran tidak terlatih... carilah laman web ngan berkobar2 nyer... n nak tau tgh malam ni duk layan internet cari sal gstt... n rezaki x menyebelahi ag, permohonan gstt kaw johor di tutup .... pergh, nak menangis rasanyer...xpe2 kena cari ag...

mak pon ada gak tengok2kan kat kawasan bandar sbb de keje kawasan bandar tp pelik, xd plak yg gantung sal "job vacancy"... cissh, sedih tul.. lg pun x paham ag ngan kawasan bandar tu, bile balik je mana kuar g merayap2, leh ada bandar atas, bawah, depan n belakang.. mana duk de pon x tau... tp masih dalam usaha.. sblum ni,xdlah spi x jumpa... ni leh x jumpa...

Sekarang, spa pon dah mohon, jobmalaysia pon dah lama sign up, achemm blogdrive pon ada gak rujuk, n penah isi borangnyer skali bg jawatan yg berkenaan... tp mybe lom masa nyer ag, maka kna lah jd "penanam anggur" hua3....

lastly, harapan kat cyberjaya yg ada sorang member join, tp ada masalah la plak.... tp skrg sdg berusaha nak mengatasinyer... huish, nak tejun ke bidang kerja pon dah macam ragam... kalo dah kerja nanti, cam ne lah agaknyer..... :?

pen off~

Khamis, Julai 08, 2010

PHP5~J2EE

Salam sejahtera semua......

Hari ni dah masuk minggu ke 2, sy bertapa di rumah dengan aktiviti membesarkan badan selepas abes training kursus php5 n j2ee.fuh, lega rasanyer, walaupun xlah selega mana.. kedua2 kursus nimelibatkan atau fokus kepada development dalam websites yang berlait rapat dengan databases. cam nak isi borang gitu... cam susah je nak explain... takpe nanti korang tanyelah pakcik google... hehehe...

Kursus ni memakan masa 15 hari setiap satu, kira dua bulan duk bertapa menadah ilmu ni... sbbnyer sabtu n ahad off.. fuh, kesian otak i, penat gak blaja programming ni.... naik darah dibuat nyer ble x jadi... tapi dapatlah gak input berguna walaupun x seberapalah yang dapat lekat kat dalam kepala ni... taulah jugak beza dua2 ni...

Php ni sblm ni penah blaja masa PBL ngan prof Ismail dulu masa tahun 2... Java plak ngan prof Norita br je sem ari tu... tapi x fokus pada websites,just on basis.. guna netnbeans application.. peningnyer tang mengdivide file...byk sgt file yg perlu ada...

Sepanjang kursus ni plak, dua2 ni mmg berbeza... dari segi suasana, cikgu, bilangan trainer... mmg mencabar gle.... mana taknyer, nak menahan kan emosi lagi, membandingkan lg... ntahlah nak cakap cam ner...bukanlah ilmunyer yg jadi persoalan... tapi "watak2" yang terlibat, mmg mencabar iman... mmg susahlah nak desribe.... hurm, lupakan jelah... dah settle pon... huhuhu

Yang paling penting, banyak kenangan yang tercipta sbb berpeluang berkenal2an dengan student FST expesially ISA... huhuh... best... mana taknyer, dah la len kos, bangunan... n kalo kenal pon, kat facebook jer... hah yg ni, ngan tuan empunyer badan skali leh kenal2...sememangnya ukhwah itu indah... harapnyer setiap jalinan ukhwah yg terjalin ni kekal hingga akhirnyer...

pen off~~