Isnin, Mac 21, 2011

FILEM


Salam Sejahtera semua......

Ahad lepas kami adik beradik berjalan merentasi sempadan johor ke melaka semata - mata nak tgk wayang.... hehehehe... sekali sekala melayan cerita kat wayang memandangkan masing - masing sibuk ngn hal masing2 sedangkan duduk serumah dan sebumbung.... dengan tenaga yg ada pergilah kami ke melaka untuk menonton HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.... Epik yang hebat.... jalan citer yg best, xd pon sedikit scene yg bosan.... adunan kelakar atau pun lucu secara x langsung... maksudnyer.., dalam serius pon leh wat lawak.... susah nak cari cerita cam tu... syabas kepada produksi yg terlibat untuk hasilkan filem tersebut... mematikan terus andaian pertama mengenai filem tersebut... sbbnya sejarah sukar nak tarik minat orang untuk menonton.

"HMM mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom yang ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara negara China, Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda telah menculik puteri tersebut dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam pertempuran dengan Geruda, Merong telah cedera parah dan dia telah diselamatkan oleh Kesum yang telah meramalkan tentang kehadiran seorang raja yang bakal menyelamatkan kampung mereka. "


Walaubagaimanapun, x dapatlah nak bandingkan dengan PGL sbb x penah telusi secara fokus cerita tersebut... tp yg pasti setiap filem tersebut mempunyai kekuatan tersendiri.... adik2 pon kata cerita Melayu yg best dan x boring.... ha, nampak sgt deorg puas hati n ada lg..... rasa nak tgk ag.....


pas ni, kalo nak tgk wayang ag, x taulah bile... ni pon first time jejak kaki ke panggung....bile lg nak jejak ke sana ag... melayan cerita yg best cam ni hasil KRU Studios ni....



pen oFF~