Rabu, Mac 31, 2010

Pecutan Gaya Baru..

Salam sejahtera semua…
hari ni… sebelum tidor, nak tulis skit… Ari ni perasan sy terasa len sikit (byk sbnrnya) dari ari len… sbbnya, memikirkan rangkaian tesis yang masih tergantung… baca kat fb ada kawan dah final touchup dah…. sy????… bab 3 yang merangkumi tulisan n projek masih lg tergantung… Tambah pula, mggu2 terakhir sblm final, bolehla plak ada assgn yg melibatkan projek menggunakan aplikasi java… suh wat games… owh, no…

Tp itu adalah pengalaman baru utk dirasai tp kalo tesis I tergantung x dapatlah nak grade… cam ne tu??? ada masa dalam sebulan lagi nih… janganlah sampai cam tuh.. nampaknya dah x leh guna pecut gaya baru yg sy cerita ari tu… kena tukar…. huhuhuhu… apakah yg akan terjadi? sama2lah kita nantikan… ;D

Itu tuk Subjek OOP (object oriented programming), multimedia internet? ada dua projek website… fuh… cam ne la agaknye nih… nasib baik td dah present method quran… itu pon kawan yag present wakil kumpulan... Mggu depan ada mid term test lg.. i’jaz Quran… haraplah x lupa…. ha, marketing pon ada assgnment… cam ne ni???? dah terbuat senarai…. ble nak settle semuanya ni? huhuhu…

Pape pun, kena cari ketenangan tuk mengadap tesis bab 3 nih… ha, kan lupa lg… soalan 1 mmi tuk lab tutorial x siap lg… dah berapa tuh??? eh, dah siaplah, lom emel lagi… korang tolonglah kire…. dah pening dah.. start nak berdenyut and bling2 dah kepala nih… nak stop dululah…

“Mencari nur ketenangan Ilahi”
Sekian… ;D
moga2 ALLAH permudahkan tuk siapkan tanggungjawab besar ni sempena detik2 terakhir di USIM ni…
pen off~~

MALU

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata “TAKUTLAH AKAN ALLAH !”


Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.


MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!



pen off..

:: Sharing is Caring ::

Salam semua....

Orang kata ilmu kena kongsi… baru idup tu ada berkat… x surelah betul ke x… tapi yg baik eloklah diikut daripada ikut bnda-benda tak elok kan… sy dapat pantun ni dari sebuah buku… hope, dapat share ngan kwn2 sekalian… Sama2lah kita saling ingat mengingati....


Berbaju kurung bertudung labuh,
Berkain songket berselipar jepun,
Awal pagi dah sembahyang subuh,
Agar hidup sentiasa rukun.

Pagi-pagi minum kopi,
Bekalan untuk perjalanan ke Johor,
Pandu kereta berhati-hati,
Masuk waktu sembahyang zohor.

Orang kaya berkereta besar,
Sambil bersembang makan kacang,
Bila tibanya waktu asar,
Itu tandanya hari dah petang.

Waktu petang menjamah roti,
Roti dibeli dikedai cik syarif,
mulut ibu tak henti-henti,
Menyuruh adik solat maghrib.

Wanita cantik, lelaki kacak,
Hulurkan senyuman muka berseri,
Bila malam solat Isyak,
Baru cukup lima waktu solat.
Sbg kesimpulan, sama-samalah kita menjaga solat kita.. itu umpama tiang kita.. walaupun x pasti untuk apa tiang itu, yg sy tau itu adalah tiang kita bile kita masuk syurga.. semoga impian kita ke sana dimakbulkan ALLAH.. ameen..
pen off...~~

DETIKNYA BERMULA..

salam perkenalan semua…

Dah lama berkeinginan, baru hari ni dapat tunaikan…. masih lagi mencari-cari dan tercari-cari, harapnya dapat jumpa apa yg dicari…oleh itu, sebagai ucapan yang untuk menggalakkan diri…. Tahniah, sebab dah berani untuk mulakan apa yang dah lama dihajati.. jadi… GOOD LUCK!!!~~

Harap kawan2 sekalian memberi sokongan..